BUFET ISTIMEWA RAMADHAN IKEA

Assalamualaikum...

BUNTU memikirkan juadah berbuka dan malas hendak memasak petang semalam,  Sk mengajak Iman berbuka puasa di restoran Ikea.  Tentu ramai yang tahu,  semalam telah bermula pakej bufet berbuka puasa di Ikea yang sepatutnya bermula pada 21 Mei lepas. Encik Rizar pula terlibat dengan program berbuka puasa korporat jadi jomlah kita membawa diri dua beranak ke Ikea sambil-sambil meronggeng,  bila lagi kan,  keh keh keh.


Sampai ikea,  terus-terus beli tiket bufet ramadhan dulu.  Sk tak pasti sama ada buffet ni terhad ataupun tidak sebab tak ada dinyatakan dalam poster.  Harga bufet RM35 dewasa dan RM17 kanak-kanak 4 - 12 tahun.  Dah beli tiket haaa..  Jomlah kita cuci mata dulu.


Ronda punya ronda,  jam pun dah menunjukkan pukul 6.15. Buffet Ramadhan dikhaskan di sebelah kanan restoran. Pukul 6.30 lebih kurang, pembeli tiket bufet mula dibenarkan masuk dan mengambil makanan.  Setiap pelanggan diberikan sticker sebagai bukti bayaran bufet telah dijelaskan.
Pasti ramai yang tertanya-tanya,  berbaloikah bufet Ramadhan di Ikea,  terutama warga JB tentu ramai yang nak tahu,  kan? Maklumlah ini tahun pertama ikea JB menyambut ramadhan.  Sebagai seorang yang agak biasa makan di ikea,  bagi Sk agak berbaloi jugaklah makanan yang disediakan dengan harga yang anda bayar.  Tapi janganlah tamak dan membazir pulakkan.. Makanan pun sentiasa di top up dan sehingga Sk pulang semalam pun masih banyak lagi makanan yang ada di kaunter buffet.

 

Jom kita tengok,  apa senarai makanan yang ada dalam bufet istimewa Ikea ni.


Biru mata hitamku terus,  hahaha.  Kebetulan pulak kalau tak ke sini,  Sk memang berkira-kira nak membeli sahaja nasi kerabu di bazar ramadhan.  Set nasi kerabu didatangkan bersama ulam-ulaman,  sambal,  sambal kelapa dan telur masin.  Ada juga nasi putih bersama pelbagai ulaman dan sambal belacan yang pedas ya ampun.  Turut boleh dinikmati bersama ayam goreng dan rendang daging yang sedap.


Tidak sah makan di restoran ikea jika tiada meatball yang menjadi trademark ikea.  Terdapat dua pilihan,  ayam dan daging lembu.  Cedoklah berapa banyak nak tapi jangan buang-buang pulak ya,  makan kasi perabih.  Ada juga fish fillet,  pasta penne dan kentang putar. Popia ikea pun ada. Kepak Ayam Goreng Ikea yang best tu pun ada. Kueyteow hailam pun ada. Haaa..  Kira lengkaplah tukan.
Jangan lupa juga menikmati mushroom soup ikea yang terkenal bersama roti bawang putihnya.  Selain tu ada juga kuih talam suji,  muffin vanila dan coklat dan yang paling best ada pulut panggang.  Terdapat juga pelbagai biskut ikea yang sedap tu serta kerepek ubi pedas.  Buah-buah macam tak berapa perasan pulak Sk. Minuman panas dan sejuk turut disediakan.

Image may contain: food

Jom,  ke bufet istimewa ikea!
Tengok tarikh dalam poster tu dulu ya sebab buka hari-hari ada buffet ni.

Surau terletak sama aras dengan restoran ikea.
 

Wassalam dan Selamat meneruskan Ibadah Puasa.
 

7 comments:

  1. Wawawawa dia dah pergi dulu ya...Kita tggu anak dara balik le baru pergi hehehe

    ReplyDelete
  2. huwaaa sedapnya mak inche..hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya, nak buka puasa kat sane jugaklah

    ReplyDelete
  4. banyak juga makanan dia kak seri. Ada nasik tu yang penting. hehe..terima kasih atas perkongsian ni kak

    ReplyDelete
  5. mcm thn lps ada salmon, kambing..Tahun ni x de ye?

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih