MAKAN DI NONIES SEAFOOD BUFFET SENIBONG

Assalamualaikum...

INI kali kedua Sk makan di Nonies Seafood Buffet Restaurant yang terletak di Pusat Makanan Laut Senibong ini. Kali pertama ketika meraikan hari lahir ibu Sk pada bulan Mac lepas dan kali kedua ketika meraikan hari lahir Encik Rizar, 30 April lalu. Tahun ini belum diadakan lagi acara potong kek berkrim dan tiup lilin masa hari jadi cuma ada acara makan-makan saja. 

Image may contain: one or more people

Kalau ikutkan Encik Rizar nak makan di Ong Shun SR sahaja tapi sebenarnya sejak mengunjungi Nonies kali pertama dulu, Sk terus sukakan tempat ni. Pakkal ajelah jauh nak datang dan malas nak bersiap-siap. Sk sekarang pun lebih rela memasak dari keluar menghadap jalan jem di sini sana. Bila SK cakap, lebih berbaloi makan di Nonies, ER pun terus setuju. Jadi, jomlah kita ke Senibong.

No automatic alt text available.

Suasana di Restoran Nonies yang berkonsep terbuka.
Kalau datang awal atau buat tempahan, bolehlah pilih nak makan mengadap laut.
Masa kali pertama dulu, SK mengadap laut lepas tu kali kedua datang pilih yang mengadap buffet.. kah kah kah.

No automatic alt text available.

Boleh dikatakan segala jenis makanan laut ada dihidangkan berkonsepkan gerai.
Ada gerai segala jenis kupang, lala, kerang dan kepah yang telah siap dimasak dan layan diri.
Bagi hidangan seperti ketam, udang, sotong dan ikan kita perlu minta dari pelayan.
Nak datang minta berapa kali pun tak kisah, dah bayarkan.
Tapi malu jugaklah kalau asyik muka kita aje yang mintak, hihi.

Selain dari tu, ada juga nasi putih dan lauk pauk seperti asam pedas ikan pari, gulai lemak udang dan masakan kari. Ada nasi lemak dengan sambal bilis petai dan sambal udang.

Image may contain: one or more people

Gerai buah-buahan, pulut mangga dan masakan barat.
Tulah Sk suka giler makan kat sini.

Image may contain: food

Ketam Blackpepper favourite ER.
Tak tahulah berapa kilo ketam masuk perut.

Image may contain: food

Favourite Sk, Ketam Butter
yang berlemak-lemak ni memanglah kesukaan

Image may contain: food

Siakap Tiga Rasa

Image may contain: Bunga Encik Ros and Che Li, people smiling, people sitting, people eating, table and food

Nampak tak masing-masing belasah siakap seorang sebelah

Image may contain: food

Sotong Goreng Tepung
yang ni pun Sk suka giler

Image may contain: food

Udang Nestum
Sedappppp! Makan puas-puas
Kalau pergi tempat lain, makan udang aje dah kena berapa

Image may contain: food

Ikan bakar pun ada. Pilih jer nak ikan apa, nanti ada staf yang akan bakarkan.
Makan panas-panas cicah air asam dia .. woottt.. wooottt..
Mak mertua lalu pun tak sedau!

Image may contain: 10 people, including Bunga Encik Ros, Che Li, Iman Fatiha Mohd Rizar and Puspa Wangi, people smiling, people sitting, people eating, table and food

Pasal makan nombor satu kan!!

Image may contain: 5 people, including Rizar Mohd Noor, Iman Fatiha Mohd Rizar and Hnyprincess Ibrahim, people smiling, people sitting and food

Tengok, sambung makan spaghetti ngan fries plak, kih kih kih.

Image may contain: food

Fish & Chips
cicah mayonis banyak, sedapppp!

Image may contain: food

Sambung makan lagi... Pulut Mangga

Image may contain: 6 people, including Hnyprincess Ibrahim and Iman Fatiha Mohd Rizar, people smiling, selfie and closeup

Masih mampu muncung itik lepas makan..

Image may contain: 7 people, including Iman Fatiha Mohd Rizar, Bunga Encik Ros, Hnyprincess Ibrahim and Puspa Wangi, people smiling, people standing

Dah.. dah... dah.. Jom balik!!

14 comments:

  1. Waaa macam best aje, belum pernah sampai lagi sini..nanti bole try laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la.. Mmg puas hati. Ni pon ada rasa nak memgulang lagi, hihi

      Delete
  2. Wah...ada buffet seafood rupanya ya... Bertahun2 dah tak pergi Senibong. Berapa RM per pax tu kak

    ReplyDelete
  3. bestnya kak..tak pernah lagi pergi tempat ni..suka gak konsep dia..putih2 english gituu..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik mmg tempatnya dgn suasana putih bersih

      Delete
  4. belum pernah makan kat sini walaupund dekat dengan rumah.

    ReplyDelete
  5. dah dua kali ain repeat sini.. ketam butter dia memang favorite ain.hehhehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Ain, akk siap calit sotong goreng tepung ngan sos butter tu, hihi

      Delete

  6. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih