MONTE CRISTO SEDAP & QUESADILLA DI NASI LEMAK SIMPLE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MONTE CRISTO SEDAP & QUESADILLA DI NASI LEMAK SIMPLE

Assalamualaikum...

SEJAK dah tak berapa nak muda ni,  Sk sekeluarga jarang makan di luar.  Salah satu faktornya mungkin kerana Iman tidak lagi mengambil kelas-kelas tuisyen pada sebelah malam atau hujung minggu.  Jadi lebih banyak masa di rumah.  Kalau hari bekerja pun lebih rela balik dan masak daripada bersiap untuk keluar makan,  gituuu.

Nasi Lemak Simple bukan asing lagi di kalangan warga JB. Cafe konsep terbuka yang terletak berhampiran Hotel Selesa dan New York Hotel ini tak pernah lagi Sk singgah.  Selalu kalau lalu di sini kami ada tujuan lain atau telah makan dulu di tempat lain.  Jadi,  memang tak berpeluang nak makan di sini.

Haaa..  Yang ini pun tersinggah sebenarnya.  Plan asal nak makan di Ong Shun sebab malam tu Encik Rizar ada urusan di City Bank.  Balik dari bank tu la terkonar pulak ke sini..  Kebetulan malam tu memang teringin nak makan yang ringan-ringan jer jadi jomlah kita...


Monte Cristo untuk Sk. 
Sk memilih Chicken Monte Cristo. 
Bagi penggemar daging ada pilihan Beef Monte Cristo. 
Monte Cristo ni ala2 French Toast yang berintikan ayam atau daging serta keju. 
Ia dihidangkan bersama french fries dan sos cili serta mayonese. 
Silapnya mereka menggunakan sos cili thai yang membangkitkan rasa manis.  Rasanya kalau guna sos cili biasa lagi sedap. 
Okey,  lain kali kita buat sendiri di rumah ya. 


Beef Quesadilla untuk Iman. 
Menggunakan daging cincang yang dimasak sehingga agak kering menyebabkan rasanya seakan-akan murtabak. 


Hidangan yang selalu menjadi pilihan pengunjung tentunya Nasi Lemak Simple. 
Ini untuk Encik Rizar. Sk cuba rasa sikit,  sedaplah..  Seakan ada rasa pulut dalam nasi lemak dan sambal tidak terlalu manis.


Sambil tunggu makanan sampai sambil buat kerja sekolah. Pelik,  kerja sekolah budak sekarang kena tengok handphone ya. 
Isk isk isk... 

Jumpa lagi di diari makan yang lain. 
Wassalam. 

5 comments:

  1. ya allah gaya kak seri nuliss betul2 rasaa sedapn makanannya. hahahha .. comel je si iman nyempat siapkan homework 🤣

    ReplyDelete
  2. Sedap mkn yg ringan2 sekali sekala SR..
    Akak pun mcm tu jugak..
    Jaranglah mkn kat luar..

    ReplyDelete
  3. Suami paling suka makan kat situ, sambil cuci kereta..
    Lepas ni try nasi lada hitam dia yer..memang sedap, sekali sambal sotong dia..

    ReplyDelete
  4. wajib dengar lagu bila buat kerja sekolah budak sekarang ni kan..kita tak pernah lagi la cari makan kat bandar Johor

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih