Assalamualaikum WBT
HARI ini ada event Raya Kolej. Tahun ni nampaknya tak ada terlajak-lajak raya macam ada sekali dua tu. Mungkin sebab tak ada urusan rasmi yang lain seperti lawatan dan sebagainya. Agaknya, pegawai-pegawai berkaitan pun masih dalam mood raya lagi, hihihi. Sk pulak, sehingga pagi tadi tak dapat keputusan nak pakai baju yang mana sebab semua baju macam dah masuk dalam gambar. Perempuan, kalau semua baju dah masuk dalam gambar, maknanya dah tak ada baju, gituhhhh, hahahahaha.
Mula ambil baju lain lepas tu rasa macam glamour sangat nanti kalah pulak anak-anak dara kat kolej tu, hahahaha. Pagi tadi tengok masing-masing melaram berselendang bagai. Ada hadiah pakaian tercantik kategori pelajar. Tu takpa, kalau hari kelas, tak pulak seawal tu turun asrama. Bila ada event macam ni, kemahen semangat masing-masing ya, amboi amboi amboi.
Berbalik pada tajuk, ni nak membuang gambar dalam galeri la, apa lagi. Yang dalam gambar ni Sup Tulang 26 Mac, ni gambar lepas tutup api.
31 Mac masak Sambal Udang letak petai sebungkus. Kalau letak setengah bungkus, nanti lebihnya tu kuning macam tu aje dalam esbox, letak sebungkus terus, selamatttt.
Yang tak makan petai, Iman. Tapi dia okey aje, nanti petainya dia bagi kat kitorang kalau terceduk dalam pinggan.
Sk panaskan Kari Daging yang Cik Ani bagi dengan pulut kuning. Sk tak makan nasi masa ni, makan pulut kuning dengan kari daging dan sambal udang.
5 April, PI mintak lauk Ayam Masak Kicap. Baikkk, bos!
Senang jer masak lauk ni, goreng ayam yang dah perap garam kunyit, lepas tu ayam tu tolak ke tepi kuali. Kurangkan minyak, masukkan rempah empat sekawan, bawang potong bulat, cili merah dan hijau serta lada hitam yang ditumbuk kasar. Tapi, dah nak makan, PI tanya, tak letak kentang goreng? Ya Allah, lupaaaaa. Sebab kentang tu Sk letak jauh dari bawang dan tak nampak di mata. Kentang kena letak jauh dari bawang nanti mudah rosak. Tu la tu sampai lupa nak letak kentang padahal selalu tu, dah ingat, kentang kena goreng dulu sebelum goreng ayam, hurmmm.
Tapi, Iman pulak tak makan lauk Ayam Masak Kicap, grrrrr.
Sk lupa ni lauk apa??? Datang mana lauk ni, nampak macam Sambal Ayam. Apa ke rajinnya Sk masak dua lauk ni??? Lauk Iman la ni, agaknya panaskan lauk belen-belen, macam tak mungkin aje Sk masak dua lauk ayam, hahaha.
Malam tu buat nasi goreng aje sebab malas nak keluar makan. Nasi goreng letak udang empat ekor, makan udang sorang seekor, seekor lagi simpan, nasi goreng semangkuk pun tak habis ya.
9 April, masak Kari Sotong. Sk guna rempah kari ikan dan buat macam kedai mamak pekat sikit. Buat ayam goreng jugak, kira lauk stail nasi kandar la cuma tak ada kuah campur, heheheh.
Ni pun dua kali makan baru habis. Sotong ni jenis sotong jarum tu, kurus panjang.
Ayam ni lagi la.. entah zaman bila beli. Kotaknya tersorok, Sk tengok memang dah lama ayam ni. PI cakap, rasa pun dah lain. Aaa.. tu laaaa.. beli lagi ayam banyak-banyak dah tahu bini rajin sangat memasak. Walaupun kita simpan frozen tapi kalau dah berbulan-bulan simpan, berubah juga rasa dia. Sotong pun boleh jadi getah, leter Sk, hahahaha.












Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih