BELASUNGKAWA FAUZAN BIN MOHD NOOR

Assalamualaikum...


INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUUNNN... 

Seminggu sudah arwah abang ipar Sk disemadikan di Tanah Perkuburan Ukays Perdana,  Ampang. 

Allahyarham Fauzan Bin Mohd Noor merupakan anak ke 4 dari 8 beradik. Lebih kurang setahun yang lepas,  Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang kerana mengalami symtom kuning serta gula yang agak tinggi.  Setelah melalui pelbagai prosedur dan rawatan akhirnya kami terpaksa pasrah menerima qada dan qadar apabila Allahyarham disahkan mengidap kanser pankreas. 

Selama Allahyarham yang Sk panggil Abang Yan sakit,  Alhamdulillah,  Sk dapat melawatnya tiga kali.  Kali terakhir Sk melawat Abang Yan,  dia kelihatan begitu sihat dan bersemangat sebelum kesihatannya kembali merosot apabila memgalami kebengkakan pada salah satu bahagian perut yang mengakibatkan Abang Yan tidak lagi mampu bertahan. 

Mak yang datang jauh dari Kuala Ketil,  Kedah redho dengan keadaan Abang Yan.  Mak ampunkan segala dosa Yan,  mak halalkan air susu dan makan minum Yan dan mak redho jika Allah nak ambil Yan dan akhirnya Abang Yan pergi dengan tenang pada pagi Jumaat minggu lepas. 

Alhamdulillah,  Abang Yan dapat semua yang dia hendak jumpa,  semua yang dia hendak makan dan hajatnya untuk pergi di hari Jumaat dimakbulkan Allah swt. 

Damailah abang di sana di dalam pelukan kasih sayang Yang Maha Esa. 

Al-Fatihah... 

Catatan : 




4 comments:

  1. semoga ditempatkan dikalangan org2 beriman..

    ReplyDelete
  2. salam takziah kak seri dan keluarga..Moga Allah swt permudahkan urusannya di sana..

    ReplyDelete
  3. Salam takziah Kak Seri ...
    Moga arwahnya di tempatkan dikalangan orang yang beramal soleh ..aamiinn

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih