MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, November 15, 2010

CREAM PUFF & SOS KASTARD


ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM PAGI Isnin. Tiap-tiap hari tunda resepi.. kih.. kih.. kih. Buat hari ni, entry untuk esok, hahaha, sebab dah kemalasan nak update blog. Ni bukan saja pertama kali saya buat cream puff tau, tapi pertama kali juga saya memakannya. Mesti ramai tak percayakan. Sikit punya femes cream puff ni tapi tak pernah makan?? Biar betul? Betulllllllllll.... Selalu teringin nak beli tapi macam teragak-agak gitu. Selalunya saya jumpa cream puff ni banyak dijual pada bulan puasa, dah macam kuih bermusim pulak, hehe. Resepi asal macam biasa ambil di sini. Resepi saya, biasalah versi kurang rajin, pasal nak jimat kos, kah.. kah.. kah. Terima kasih untuk Pak Cik Mat kerana berkongsi resepi cream puff. Semoga mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah swt.. Amin.

BAHAN SOS KASTARD:
150 ml susu cair + susu segar
1 sb gula
1 1/2 sb tepung kastard
1/2 st esen vanila
25 gm cream cheese (optional)
~ satukan semua bahan kecuali cream cheese, kacau rata dan panaskan dengan api perlahan, kacau sentiasa sehingga sos menjadi likat. Masukkan cream cheese, kacau sehingga sebati. Tutupkan api dan ketepikan.

BAHAN CREAM PUFF:
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla

~ Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar.
~ Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur serta esen vanilla. Putar hingga sebati.
~ Alihkan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
~ Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit atau cream puff kuning keemasan. Biarkan sejuk, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FESKO KPYPJ 2017

Assalamualaikum... Sk ingin mengajak anda yang tinggal berhampiran Kulai atau sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Festival Konvokesy...