MIXER BARU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6



ASSALAMUALAIKUM wbt

Grukgrukgrukgrukgrukgruk.... berdebar-debar jer hati dengar bunyi hand mixer saya ni. Masuk ni dah berapa kali dia buat hal. Tak mahu berpusing di stand. Mengeluarkan bunyi yang menjengkelkan dan macam-macam lagilah. Adoiiii... sedihlah. Ini sebenarnya hadiah sempena hari perkahwinan saya 10 tahun lepas tau, tapi baru pakai, adalah dalam setahun... hihihihi. Selama ni dok terperap dalam almari.. kui.. kui. Jadi tak boleh nak salahkan sesiapa, nak minta warranty pun tentu-tentu tak dapatkan. Hari tu masa buat ciskek, tiba-tiba saya terpandang macam ada percikan api dari celah-celah lubang tu. Kusssssssss.. semangat! Berderau darah oiii. Lepas tu saya cakap macam ni, Cik Mixer.. Cik Mixer, putih telur tu, aku lum putar lagi. Tulunnnnnnnnnnlah jangan buat hal sekarang. Lalu saya pun menggagahkan diri dan buat-buat tak takut gitu. Mana tahukan, esok keluar frontpage Metro... terkena renjatan elektrik masa buat kek, fuhhh.. simpang malaikat 44.

Dan Alhamdulillah, ciskek berjaya diputar dengan selamat. Dan hari kelmarin dan kelmarin, minggu lepaslah masa buat cistat.. (tak habis-habis dengan cis), pemutar berpusing 460 darjah. Cemana tu, terpeleot terus. Huhu... sah-sah memang dah takleh guna... kes nanya jer karang. Nasib baik dah siap putar krim cuma tak berapa nak gebu.

Semalamkan... jolok-joloklah dengan encik suami. Nasib baik boleh dapat yang baru. Yang ala-ala macam Cik Mat Gebu punya tu. Cik Mat kata, lepas beli mixer tu, seminggu dia tidur peluk kotak mixer tu. Itu, Cik Mat.. peluk kotak. Kalau saya, peluk mixer tu sekali... hehehe.

Lagilah kalau dapat yang macam ni......

Amin......
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. mesti tk lena tidur kalau tak dapat mixer baru kan..kan

    ReplyDelete
  2. Salam lama x singgah umah akak... sihat? mmmm seronoknyer nak dapat mixer baru... tapi saspen gak baca n3.. siap ader percikan api.. syukur tak ader ape2... x sabar tunggu mixer baru he he eh

    ReplyDelete
  3. hahahah..tidor pelok mixer ek....parah betul....

    tapi berbaloi tau kalo dpt mixer besar tu....nak nak yg bunyiknye ala2 manja...cam tk nk bunyik ajer...hehehe...ada jenis yg bunyi cam helikopter...begegarrRRRR...tk besh....hehehhe

    ReplyDelete
  4. Wahh besnyaa mixer baruu...kalau nak beli mixer yg besar tu kan, mat syorkan sangat Kitchen Aid..memang bess...bukan nak kata apa, sebab mat sendiri dah pakai masuk tahun ke - 11...berbaloiii!!...

    ReplyDelete
  5. Rynas, tidur tak lena, makan tak kenyang.. gian nak membaking.. hik2

    Halamanku, memang suspens, takut kena karen.. hehe

    MR, kalau dapat yg bunyi ala2 manja tu, taklah segan nak membaking malam2 butakan.. huk2

    Mat Gebu, dush! Kalau dapat Kitchen Aid tu, memang duduk kat dapur jerlah alamatnya.. hihi

    ReplyDelete
  6. aku pakai mec pun hampir 10 th ko..skrg dh arwah & tuko yg industri tapi rupa tak kacak macam Kitchen Aid

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!