SOTONG KARI MAMAK

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

ASSALAMUALAIKUM wbt

SUKA makan di restoran daun pisang tak? Saya sukaaaaaaaaaa sangat, tapi tak boleh selalu. Pasal saya punya selera bila makan nasi daun pisang ni lain sikitlah.. hik.. hik.. sebenarnya memang makan apa pun lain sentiasa, kih.. kih.. kih. Di Johor Bahru, restoran daun pisang yang jadi tempat feberet ialah di Asyoka, Jalan Dalam. Kalau tempat-tempat lain tu memang banyak, tapi yang di sini saya yakin sikit. Lagipun dah lebih 10 tahun jadi pelanggan tetap. Asyoka ni pindah ke manapun, kami tetap 'follow'. Jadi disebabkan rinduuuu sangat nak makan nasi daun pisang dengan ayam goreng panas-panas, semalam saya pun memasak ala-ala restoran daun pisang. Sotong masak kari pekat-pekat dengan ayam goreng berempah yang sengaja saya goreng besar-besar supaya bila dah siap goreng saya kasi hempap ngan pisau dan potong kecil-kecil, memang empuk tu. Tapi oleh sebab terrrrrrrrrlalu lapar, saya sudah terlupa ambil gambar ayamlah.. hihihi. Yang ada gambar sotong, jom layan resepi..

Bahan-bahan:
6 hingga 7 ekor sotong dibersihkan & dipotong cincin (tak potong pun boleyyy)
1 1/2 labu bawang besar dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1" halia dihiris halus
1 sk biji sawi
2 tangkai daun kari
1/2 sb serbuk kunyit*
1/2 sb serbuk cili*
2 sb serbuk rempah kari ikan* (campurkan bahan bertanda* dan gaul sebati dengan air)
1/2 sk asam jawa adabi@ 2 keping asam gelugor
1/3 cawan santan
1/2 labu bawang besar dipotong baji
1 biji tomato dibelah 4
1/2 senduk minyak masak
garam & perasa secukupnya

Cara-caranya:
~ Panaskan minyak masak dalam kuali dan masukkan semua bahan yang dihiris, tumiskan hingga layu.
~ Masukkan biji sawi dan daun kari, tumis lagi hingga naik bau dan masukkan campuran rempah kari. Kacau lagi hingga keluar minyak, tambahkan sedikit sahaja air jika terlalu kering.
~ Bila rempah agak garing, masukkan sotong, garam dan serbuk perasa serta asam. Gaul sebentar dan masukkan santan dan bawang yang dipotong baji. Gaul sekejap, apabila bawang layu dan sotong masak, masukkan tomato. Balik-balikkan hingga semua sebati (kari agak berminyak) dan bolehlah dihidangkan.

Nota: Secara semulajadi sotong akan mengeluarkan air bila dimasak, jadi jangan menuang terlalu banyak air. Anda juga boleh mencelurkan sotong terlebih dulu dengan air panas untuk mengelakkannya berair.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam sari..atie dtg bwk gulai pisang..meh la sikit lauk sutun tuh!

    ReplyDelete
  2. Sari yusa... bak kari sotong semangkok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!