PASTRI BUAH BERKASTARD

Seri Kandi Tanah Jauhar
1


ASSALAMUALAIKUM wbt

BERJALAN-JALAN ke rumah blogger-blogger masakan rasanya dalam sehari tu tak sahlah kalau tak singgah ke DTS. Orang kata, kalaupun tak dapat menjamu selera, dapat juga menjamu mata. Kalau teringin nak merasa, kenalah berani dan rajin mencuba. Manalah tahankan kalau tengok gambar saja. Nak-nak gambar-gambar di DTS ni semuanya mengancam belaka, jangan kata air liur menitis, airmata pun ikut meleleh tau... hahaha. Geram jer tengok Pastri Buah Berkastard air tangan pakcik ni. Teringat pulak pastry puff yang dah beku berbulan-bulan dok dalam peti ais tu. Aishhhh... ni tak boleh jadi, terlanjur lagi en hubby beli banyak buah-buahan kelmarin, lalu rasanya nak mempraktikkanlah ilmu yang ditimba di DTS tu. Kalau nak tengok resepi asal, boleh tengok di sini. Di situ ada diberikan penerangan bagaimana nak menghasilkan bentuk pastri tu. Pada yang tak tahu di mana nak mendapatkan pastri tu, anda boleh cari di pasaraya di bahagian makanan frozen. Carilah jenama 'Kawan', memang ada. Cik Mat, terima kasih atas idea ini... (",)

BAHAN SOS KASTARD:(Guna resepi sos kastard DJ)
1 cawan susu segar/susu cair (boleh dicampurkan keduanya sekali)
1 sb tepung kastard
2 sb gula pasir
1/2 sk esen vanilla

Yang ni resepi DTS.. terpulanglah nak guna yang mana ikut selera memasing
200 ml susu sejat
2 kuning telur
30 gram gula halus
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN LAIN:
beberapa keping puff pastry jenama "KAWAN", saiz 4 inci x 4 inci (ikut berapa orang nak makan.. hehehe)
Hirisan buah-buahan yang sesuai
saya letak hirisan buah strawberry
Hirisan buah nenas
Hirisan buah belimbing besi
Hirisan buah epal

CARA MEMBUATNYA:

~ Satukan semua bahan-bahan untuk kastard kecuali esen vanilla, kacau dengan whisk hingga sebati. Jerang atas api kecil sambil dikacau perlahan tanpa henti sehingga pekat, matikan api, masukkan esen vanilla dan kacau rata. Tutup periuk dan ketepikan.


~ Ambil sekeping puff pastry, kerat dua. Satu bahagian dibuat ruang seperti dalam gambar di atas, sapu kuning telur pada bahagian yang tidak ditebuk, letakkan pastry yang bertebuk atasnya dan tekan sedikit biar lekat. Sapu kuning telur atas pastry dan susun dalam dulang pembakar, buat hingga siap.
~ Bakar pada suhu 200C selama 20 minit atau hingga kuning keemasan, kalau oven anda ada fungsi "kipas", boleh "ON" kan. Bila masak, alih atas jaringan dan sejukkan.

~ Ambil satu pastry tadi, tekan sikit bahagian tengahnya untuk membentuk ruang. Paipkan sos kastard di bahagian petak yang berlekuk. Susun buah-buahan mengikut kreativiti masing-masing. Ayak sedikit snow powder sebagai penyeri sebelum dihidangkan...Selamat mencuba.

Lepas tukan, bila photoshoot dah siap dan dah telan pun pastri buah ni, saya dok tenunggggggglah gambar-gambar ni macam ada benda yang tak lengkap. Huk.. huk.. rupanya lupa nak pakaikan bedaklahhh... hik.. hik.. lupa nak tabur snow powder atau boleh juga gantikan dengan gula icing... hahaha, dah selamat pun..
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. salam kak...rajinnya buat pastri...nampak sedapp tu...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!