CIK SITI DATANG LAGI

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
ASSALAMUALAIKUM wbt

BAGI mereka yang selalu berkunjung ke blog ini pernahkah anda membaca entry ini? Dan ianya terjadi lagi kali ini. Kalau sebelumnya semua peristiwa cik siti masuk rumah seminggu sebelum raya haji atau Aidil Adha, kali ini peristiwa berlaku betul-betul pada Aidil Adha. Dah 4 kali, adoiiiii... camne tuh?
Cuma kali ini, Cik Siti bukannya datang tak diundang, bukan juga diundang tapi dibawa masuk oleh Si Simpul yang bernama Chemong (sempena nama kucing Re dalam filem Do Re Mi... hehe.
Arghhhhhhhhhhh!!! Geram.. geram.... sabar.... dahlah penat balik beraya di KL, semasa bersiap-siap untuk mandi saya dikejutkan dengan teriakan Yaya yang memanggil babahnya apabila terpandang sesuatu yang asing di tepi bantalnya ketika baru sahaja nak melelapkan mata. Air mata Yaya berjuraian kerana terkejut, saya terjingkit-jingkit kerana takut tiba-tiba diterkam benda yang agak hitam kekelabuan itu, encik Rizar pun macam jenguk-jenguk ngeri gitu.. oh, adakah Chemong membawa masuk burung lagi ke dalam bilik Yaya?? (Dia suka tangkap burung dan tunjuk keterrorannya tu pada kami, geram betullah)
Saya memberanikan diri pergi lebih dekat. Adoilaaaa.. nampak berekor panjang yang sudah patah tiga. Kusssssssss.. semangat, tak lain memang kerja si Chemong aka Simpul tu. Tak sanggup rasanya nak mengalihkan bangkai cik Siti sebesar anak kucing yang matanya terbuntang, mungkin mati kecewa ada hajat yang tak kesampaian.. huhuhu. Saya masuk ke bilik air mencari-cari sesuatu yang berguna untuk mengangkat cik Siti. Keluar dari bilik air terserempak dengan encik Rizar juga dengan senjatanya yang tersendiri nak menyodok cik Siti.
"Lah, takkan babah nak guna penyodok sampah dengan penyapu luar tu, habislah kotor satu katil Yaya?"
Suami memandang gayung di tangan saya. Gayung yang amat-amat jarang digunakan. Janji cik Siti boleh masuk dalam. Nak terkeluar rasanya isi perut menolak Cik Siti yang kejung masuk ke dalam gayung tapi saya tahankan juga. Rasa nak membelasah jer si Chemong ni. Suami terus membuang bangkai Cik Siti ke tong sampah di luar. Dia kemudian datang menjenguk saya yang mencangkung memberus cadar dengan sabun Dynamo kuning. Akhirnya kami tergelak juga kenangkan perangai Chemong ni. Macam-macam andaian yang keluar, yang pasti Cik Siti tu memang ditangkapnya dari luar sebab dalam rumah tiada langsung kesan tahi Cik Siti menandakan dia ada merayau-rayau sebelum itu lalu ditangkap Chemong. Selepas tu, barulah saya teringat..
"Bah, hari ni raya hajikan. Dah 4 kalilahhhhhh rumah kita jumpa Cik Siti tiap kali raya haji."
"Iya ke?"


Anda rasa misteri tak entry saya ni???

p/s: Saya tak ambil gambar bangkai cik siti yang gemuk tu. Rasa geli + ngeri. nasib baiklah kami pergi KL sehari, kalu 3 hari ke, seminggu ke, mahu buang satu tilam pasal mesti dah melenting-lenting cik ulat. Ishhhh... naik bulu tengkuk membayangkan.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!