CUCUR NASI @ JEMPUT2 NASI IKAN BILIS

Seri Kandi Tanah Jauhar
3


ASSALAMUALAIKUM wbt

APA bezanya antara cucur, jemput-jemput dan cekodok?? Bagi saya sendiri kalau cucur tu sama ada cucur udang atau cucur badak. Jemput-jemput pula macam jemput-jemput ikan bilis, kalau cekodok tu jemput-jemput pisang. Ada sesiapa boleh tolong jawab tak? Hehe..

Tapi apapun, jemput-jemput tetap menjadi pujaan tekakku.. huhu. Pasal tulah, masa jalan-jalan rumah Kak Yatie, ternampaklah ada cucur nasi ikan bilis. Peliknya saya, sebab tak pernah lagi makan cucur nasi. Lepas tu, rumah Cik Mat pun dok tayang gak jemput2 nasi ni. Oleh sebab minat yang terlalu mendalam terhadap jemput-jemput ni, saya pun buat semalam, cicah dengan sos cili, terasa-rasa sedapnya sampai kini.. hehehe. Resepi asal boleh tengok di sini. Kak Yatie, saya C&P di sini ya, mekasih... Layanzzzzzzzzzzzzzz!


Bahan-Bahan

2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar
2 biji bwg putih
1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (saya guna 3 biji cili padi kampung)
Daun sup/bawang (dihiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
~ Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar, kisar sebati.
~ Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan-bahan kisar tadi, gaul sebati.
~ Campurkan semua bahan-bahan hirisan, garam dan gaul sebati.
~ Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak. Hidangkan bersama sos cili.
P/S: Kalau berani jemput adunan ke dalam minyak menggunakan jari yang telah dibasahkan. Minta maaflahhh, saya tak beraniiiiiiiiii.. hehe..
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Yus,
    Nampak garing di luar dan lembut di dalam cucur ikan bilis tu...kecur di buatnya...tak kisahlah, akak pun sebut jemput2,kdng2 tu cekodok kdng2 cucur....apa pun caranya sama...di jemput2 masuk dlm kuali gak.....kih3...

    ReplyDelete
  2. Salam Dik....nak ceduk resepi ni...nampak mengancam...nanti Akak jemput cute2 terus dalam minyak...hehehe bila erk nak buat esok ke lusa kot...TQ for sharing!

    ReplyDelete
  3. Salam, Kak Yatie, tulah masalahnya saya ni takut nak menjemput dengan jari masuk ke kuali... hihihi

    Kak Watierman, akak buat cute2 ya, jgn cam saya ni.. tembam semacam jerrr... hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!