9 PETUA CAPAI DOA MUSTAJAB

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM wbt

DIPETIK dari Akhbar Harian Metro, Jumaat 26 November 2010.

Berikut antara sembilan petua daripada Rasulullah SAW untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir secara berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya."

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan Nabi SAW bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut adalah syaitan."

6. Ubaidah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila dia berwuduk (dan mengerjakan solat malam) solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan'".

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah SAW memperkatakan mengenai hari Jumaat, lalu Baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seseorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya."

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!