BUBUR KACANG HIJAU BERSAGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
ASSALAMUALAIKUM...


MASIH di sini, makannya sedap-sedap, enam kali sehari. Tak mustahil selepas seminggu, berat Seri Kandi naik berkati-kati. Eh! Mana ada lagi orang timbang guna kati, hihihihi. Ini Bubur Kacang Bersagu. SK selalu juga buat Bubur Kacang Hijau (kegemaran SK) tapi tak pernah lagi SK mencampak sagu ke dalamnya. Hasilnya, sedap juga. Nanti kalau balik rumah, SK nak masak bubur kacang macam ni. Cuma satu kurangnya, hujung-hujung tu, tak rasa lemak santan macam bubur kacang yang biasa kita makan. Ada kawan sekursus dengan SK ni mengambil tindakan drastik dengan memasukkan krimmer ke dalam mangkuk bubur kacang ni... hihihi... macam-macam.

Dan... beberapa hari ini, inilah minuman yang SK minum. Hari-hari mesti kopi O kurang manis. SK suka minum kopi panas-panas. Letak suku camca gula sahaja. Orang lain letak dua camca, ish.. SK tak suka minum manis-manis, Rasa melekit kat tekak SK ni. Kuih manis takpe pulak, hohoho. Waktu lain SK tak minum air pun kecuali makan tengahari, cuma segelas air yang dihidang tu jer pun. SK jenis tak kuat minum air, lebih-lebih lagi kalau duduk dalam bilik yang dingin macam peti sejuk tu. Karang asyik nak ke bilik air jer. Segan pulak kalau asyik keluar masuk, hehehe.

Okeylah.. tak ada apa nak cerita lagi. Kerja kursus tidak sangat membebankan apabila dibuat secara berkumpulan. Tapi biasalah, ada jugak ahli yang tak memberi kerjasama, tapi suka tunjuk pandai. menyampahs tau!! SK suka sangat dengan penceramah kali ini yang sangat friendly, Puan Rogayah dan Puan Rozita. Kadang-kadang SK rasa macam dah lama sangat kenal mereka berdua ni. Dan SK paling suka sekali kerana kerja yang kami bangunkan ni adalah sesuatu yang baru, yang asli dan kami karang sendiri dengan sepenuh jiwa raga sampai macam-macam gaya bahasa ada. Maklumlah, bahasa teknikal ni lain, tak sama dengan Bahasa Inggeris yang kita belajar dekat sekolah dulu.

Eh! Tadi kata tak ada pa nak cerita, ni dah melalut-lalut pulakkan... hahahaha.. okeylah, jumpa lagi ya..

Wassalam.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. bubur klau x lemak...mmg x best kan kak...hehe...
    kdang dlu mak sy slalu gak letak sagu tu....mmg sedap la bgi yg sukanya....ada orng x suka letak sagu....

    ReplyDelete
  2. tgk bubur kacang kak yus ni hati meronta nak buat bubur kavang derian tp kan.. kat umah ni lia sorang je yg suka makan bubur kacang ni.suami n anak2 x suka.. (rugi dia org kan...hehehe)

    ReplyDelete
  3. Saya buat bubur kacang hijau memang wajib letak sagu sikit, dia pekat dan sedap. Lama dah tak buat nihh...

    ReplyDelete
  4. sedap tu lama x buat lah ! hehehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Iklankan barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan anda di laman web www.produkmuslim.info

    Terima kasih

    ReplyDelete
  6. Kalau saya, tak boleh kurang air pulak. Sampaikan dah tak rasa segan nak keluar masuk berpuluh kali pun. Bukan apa..mengenangkan siksanya sakit kalau kurang air tu, terus hilang rasa malu...hahahahhaa. Air kopi tu mmg nampak mengancam betul lah kak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!