MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Tuesday, February 8, 2011

MENJEJAK NOSTALGIA DI IT ROO CAFE

ASSALAMUALAIKUM wbt


TEMPAT yang penuh kenangan bagi mereka yang dibesarkan di bandaraya Johor Bahru pastinya Jalan Dhobi. Masih terasa lagi kehangatan tangan ibu memimpin kami menyusuri kaki lima kedai dan kadang-kadang didukung arwah abah. Maklumlah, lima tahun menjadi anak bongsu rasanya saya anak manja sehingga didukung sampai masuk tadika... hihihi.

Dan nostalgia itu terimbas kembali apabila saya menjejak IT Roo Cafe yang sudah hampir 50 tahun bertapak di sini. Masih mengekalkan ciri-ciri tradisi tempat ini masih malar segar di kalangan warga JB malah warga Singapura pun ramai yang datang ke sini untuk menjamu selera dan pastinya hidangan yang menjadi pilihan ramai pelanggan adalah 'chicken chop'nya yang dikatakan terbaik di bandaraya ini. Sayangnya tekak kami sudah mual asyik mengadap chicken chop dan ingin mengubah selera menikmati masakan lain. Kebetulan pula citarasa kali ini Yaya memilih hidangan western, Encik Rizar memilih hidangan cina kantonis manakala tekak saya ingin menjamah makanan mamak.

Untuk mengelakkan adegan kecur air liur maka saya mengambil keputusan untuk memuat naik gambar-gambar yang kecil supaya tiada yang sesak biji mata dan ternganga mulutnya ya... hehehe.


Jalan Dhobi

No comments:

Post a Comment

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...