ORANG SEKARANG TAK RETI NAK AJAR ANAK KE???

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

ASSALAMUALAIKUM...

LAGI tujuh belas minit jam 6.30 minit petang. Sk sedang menunggu anaknda Iman pulang dari sekolah agama. La ni tersengguk-sengguk menahan mata yang mengantuk. Tetiba sahaja Sk teringat kisah yang berlaku di kawasan yang sama pada jam yang lebih kurang sama beberapa minggu lepas.

Seorang budak lelaki mungkin baru tahun satu atau dua di sekolah kebangsaan sedang bermain-main di luar kereta Sk. Sk dalam kereta bersama ER membaca suratkhabar.

Kepuk! Kepak!
Kepuk! Kepak!
Bunyi di luar. Sk tengok budak itu sedang membaling ranting-ranting kayu ke dalam semak.

Ish, Sk risau budak tu jatuh tergolek dalam semak dan terus masuk dalam longkang besar.

Kepuk! Kepak! Kepuk! Kepak!

Amboiiii, makin syok pulak dia main baling kayu sorang-sorang. Sk belek cermin tengok kat belakang kereta Sk ada sebuah kereta dan wanita duduk di tempat pemandu.

Mak dia ke? Kenapa tak tegur anak dia main kayu? Tanya dengan ER.

Entah, takde otak kot, jawab ER.

Kelepuk!!!
Kelepakkkk!!!

Makin rancak pulak dia jumpa ranting sepelepah dipepahnya sebatang pokok di situ bersungguh-sungguh. Aiiii, agaknya bukan mak dia kot kat belakang tu, telah hati Sk.

Kelepuk!!!
Kelepakkkk!!!

Errrrrr!!

Puk!!

Pappp!!

Aik, macam kena kereta aku jer, Sk dan ER saling berpandangan.

Sk toleh dia sedang memepah pokok bukan main lain.

Pakkk!!!

Eiiiii, kena kereta kitalah!!! Kata Er

Grrrrr!!

Pakkkk!!!

Sk terus buka pintu kereta, "oi adik, kena keretalah!!!"

Budak tu terus buang kayu dan lari masuk ke dalam kereta belakang sambil genggam tangan macam gigil-gigillah.

Dan mak dia...

boleh buat tak tahu jerrrr!!!??

#%&/@!!!!

haaaaa, loceng sekolah pun dah bunyi ngam-ngam habis Sk cerita, huhuhu

Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Mkcik dialah tue...

    ReplyDelete
  2. adussss. sengal la mak dia. ramai tau skrg ni jenis yg terlampau baik, sampai nak tegur anak pun xblh.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya budak tu ada mak tak ber'otak'...
    Manalah dia tak syok buat tak betul sebab mak dia tak melarang pun.

    ReplyDelete
  4. Mak dia pakai prinsip : Let the child explore.. He is learning... The truth? Mak dia pemaleh!

    ReplyDelete
  5. Iyalah sebab tu ada anak anak sekarang ni mmg buas tak tentu hala..takde peraturan langsung..mmg cepat jer nak jerit tngok perangai diorang nih!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!