MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Thursday, November 14, 2013

NASI AYAM CLAYPOT STYLE AUNTIE NANIE

ASSALAMUALAIKUM...


ERRRR.... ada yang tanjat ke tengok kehitaman nasi tu?? Ishhh, jangan pandang pada rupa tapi pandanglah pada rasanya yang mantap dan meletops. Resepi Nasi Ayam Claypot Style ni SK dapat dari blog Auntie Marina Monroe atau manja dipanggil Auntie Nanie. Ada ke dekat sini yang suka baca blog auntie? SK antara pengunjung setia blog auntie tauuuu.. terima kasih auntie, sekarang SK dah pandai buat sambal nasi ayam yang ada 'kick!!!' phewwwww... memang makan sampai berpeluhlah jawabnya... ada sedikit penambahan dan pengurangan yang SK buat dalam resepi mengikut citarasa SK. SK kongsikan di sini ya.. Kepada yang berpuasa hari ini, SK ucapkan selamat meneruskan ibadah, semoga sempurna dan diterima Allah SWT.

Nasi Ayam Claypot Style
Resepi : Values Of Life

Bahan Kisar :

6 ulas bawang kecil (SK guna 2 biji bawang besar saiz sederhana)
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
1/2 cawan oyster sauce
1/2 cawan kicap pekat (SK letak 1/4 cawan jer)
1 sudu kicap hitam (yang ini SK tak pasti jadi SK abaikan)
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 sudu serbok ayam knorr (SK gantikan dengan 1 kiub pati ayam)
1 sudu minyak bijan (SK tambah)
2 cawan air

Masukkan semua bahan ke dalam 'blender' dan kisar halus.

Kemudian :
 
Ayam dipotong sederhana
3 helai daun pandan disimpul masukkan dalam kuali atau periuk
Masukkan bahan kisar tadi
 
3 cawan beras dicuci bersih, rendam sekejap dan toskan.. masukkan dalam 'rice cooker'
 
Air mengikut sukatan beras.. (SK 4 cawan) masukkan dalam kuali yang ada ayam tu, rebus selama 15 minit.
Selepas 15 minit, ambil air rebusan (mengikut sukatan beras) masukkan ke dalam 'rice cooker'.
Masak nasi seperti biasa.
 
Ayam jika telah cukup empuk, boleh padamkan api dan taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang ketika menghidang.
 
Bahan Sos dan Caranya :
 
Bahan sos pula

10 biji cili merah (SK letak 7 jer)
3 biji cili padi (SK letak 5.. suka pedas)
3 ulas bawang putih
1 cawan sos tomato
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air mineral
2 sudu kecil gula (SK tambah)
 
Kisar halus.
*SK masak bahan ini sehingga mendidih.
Apabila nasi masak, bolehlah dihidangkan bersama ayam, sos, salad, timun dan tomato.
 
Selamat Mencuba.
 
 
Salam Sayang
Seri Kandi Tanah Jauhar

3 comments:

  1. Wahhh...claypott... Power la akak...perghh!

    ReplyDelete
  2. Auntie Nanie mmg best...
    Saya jumpa dia 2 kali...termasuklah masa majlis kawin anaknya...:)
    Hidang dlm claypot, mmg boleh jual kat kedai...hahahaha

    ReplyDelete
  3. saya .. kalau entri resepi..
    laju je saya skrol ke bawah..

    saya tak suka memasak!!!
    hehehee

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

FIESTA NANAS 60

Assalamualaikum... DIAM tak diam sudah hampir empat minggu cuti sekolah berlalu, kan. Tengok di laman sosial,  ramai kawan-kawan yang menga...