AIS KRIM CHIPSMORE YANG OHSEMMM!

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
ASSALAMUALAIKUM...

DULUUUUUUU.. Sk pernah bagitahu kawan, dalam banyak-banyak makanan, makanan yang Sk tak akan cuba nak buat sendiri ada dua. Yang pertama, roti. Ya, roti tu akan datang kalaulah tetiba Sk ada mesin buat roti mungkin Sk akan buat sendiri kot. Sebab Sk suka sangat makan segala macam jenis roti yang berfesyen-fesyen dan bersosej-sosej tu, hihi. Tapi disebabkan Sk memang tiada kerajinan langsung nak menguli, jadi Sk memang pendam sahajalah hajat nak buat roti yang macam-macam jenis tu. Pulak tu, bahan-bahan untuk membuat roti bukanlah murah. Kalau nak makan seketul dua jer baiklah beli yang dah siap. Kalau buat sendiri, dapat lapan belas ketul.. tentulah lima belas ketul jer masuk perut Sk, huwa huwa huwa. Jadi, sebelum kita terlebih gemuks akibat terlebih yis, baiklah kita lupakan sahaja hasrat untuk membuat roti itu.

Yang kedua adalah.... yeahhhh! Betul tu... Ais krim. Sk tengok senarai bahan untuk membuat aiskrim, mahalnya baiklah kita beli sahaja aiskrim sekotak yang dah siap tu. Mana nak beli susu segar, coffee mate, nak putar keluar masuk peti ais.. lepas tu paling tak boleh terima letak telur. Sebab tu, Sk lebih sanggup beli aiskrim. Tapi aiskrim biasa ajelah.. takdelah beli aiskrim yang mahal-mahal gaban tu haaa.

Lepas tu, Sk post lah satu link dalam fb tentang aiskrim dari 8share dengan caption sensasi.. lebih kurang macam nilah kot Sk tulis, 'makanan yang Sk tak akan buat sendiri' yang telah menarik perhatian sepupu Sk yang Sk panggil Kak Ngah. Kak Ngah kata, beliau biasa buat aiskrim sendiri, memang dah tak adanya nak beli-beli aiskrim dah. Berkali-kali Kak Ngah kata, senang jer buat aiskrim. Sebab Sk bagi alasan malas nak cuci peralatan dan mangkuk-mangkuk, Kak Ngah kata lagi, guna susu jer lepas tu buang jerlah tin susu tu. Yang basuh, mangkuk pemukul tu jerlah. Baik, Kak Ngah... bak sini resepi, hihihihi.


Dan akhirnya... tadaaaaaaaaaaa!! Resepi aiskrim yang sangat mudah, hanya menggunakan susu cair dan susu pekat serta ovalette. Tiga bahan yang sentiasa ada dalam kabinet dapur tukang buat kek macam Sk ni. Untuk kali pertama menerai aiskrim yang ada kelas ni, Sk buatkan aiskrim chipsmore. Untuk resepi yang diberi Kak Ngah ni, Sk dapat dalam 3 liter aiskrim juga tau iaitu dua tipuware besar. Sampai penuh mangkuk pemukul Sk tu haaaa.. sikit lagi nak melimpah.


AISKRIM CHIPSMORE
Resepi : Norzimah Ismail (sepupu Sk)

Bahan :

1 1/2 tin susu cair carnation...
1/2 tin susu pekat F&N
1 sudu makan ovalette
1 bungkus biskut chipsmore (1/2 pecah, 1/2 hancur)

Cara :
 

1. Putarkan semua bahan kecuali biskut chipsmore sehingga kental dan naik dua kali ganda.
2. Masukkan biskut chipsmore, gaul rata.
3. Bekukan dalam freezer seharian



*untuk struktur yang lebih halus, sejukkan sebentar (jangan sampai keras) adunan dalam peti ais dan pukul semula dengan kelajuan tinggi. (Sk tinggalkan langkah ini, pemalas betul!)

**boleh gantikan chipsmore dengan oreo dan sebagainya.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. tun paling suka buat aiskrim orea sendirii...

    ReplyDelete
  2. Apa nak buat kalau ovalette terlebih? Adunan aiskrim jadi ketul sikit.... (-.-')

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!