BUKIT BENDERA... KAMI DATANG!

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
ASSALAMUALAIKUM...


DULU... pernah sekali kami datang ke sini.
Datang menjengah sampai pintu gerbang.
Lepas tu dongak kepala tengok keretapi sedang memanjat bukit yang tinggi.
Gerun campur gayat tengok landasan yang menjangkau 80 darjah ke atas, 
tak jadi beli tiket naik ke Bukit Bendera.
Tambah lagi masa tu belum reda kisah keretapi tersangkut di landasan.
Ada ke???
Entah, Sk tak ingat... ER yang cerita,
hehehe.


Entah kenapa kali ini tetiba sahaja seisi keluarga ingin mengikut Sk bercuti ke Pulau Pinang.
Yang sebenarnya ER tu dah gian sangat dengan
rindu sangat dengan emaknya.
Jadi kebetulan cuti panjang yang berlangsung minggu lepas
(cuti hari pekerja bersambung dengan cuti hujung minggu)
kami sepakat menuju ke utara
membelah keheningan pagi dingin menuju ke Kuala Ketil, Kedah
bertemu mak sebelum bertolak ke Pulau Pinang.


Tertera harga tiket di kaunter tapi pening sebab kami nampak
satu kain rentang yang tertulis diskaun 50% bagi pemilik mykad.
Satu mykad, satu tiket.
Jadi, disebabkan ada yang pergi letak keretalah..
pergi ambil gambarlah,
semua dah berpecah-pecah.
Berkejar-kejarlah untuk kumpulkan mykad.
Alkisahnya, setelah bersusah-payah begitu
rupanya baru tahu,
satu mykad, satu orang kena beratur baru dapat 50% diskaun. 
Maknanya kalau ahli rombongan Cik Kiah tu ada 40 orang,
40 orang tulah kena beratur untuk dapatkan diskaun.
Haishhhhhhh!!


Walaupun sedikit terkilan sebab cuma dua orang yang dapat diskaun
 (kami pecah dua masa beli tiket)
kami tetaplah naik Bukit Bendera dengan hati gembira.
Boleh dikatakan tak ramai sangatlah orang masa tu.
Kami menunggu rasanya dalam 45 minit gitu
(berdasarkan tempoh menunggu yang tertulis di dinding ruang menunggu).
Rasa tak sampai 45 minit punnnn.


Tuuuuuu dia...
macam ada satu misi pulakkan.
Bayangkan perjalanan anda diiringi latar belakang muzik ' Mission Impossible'
atau 'Pink Panther' yang sedang mencuba satu misi mustahil...
 hahaha.


Ini tandu,
kenderaan yang digunakan untuk menaiki Bukit Bendera
sebelum perkhidmatan keretapi dimulakan.
Tandu ini cuma digunakan untuk orang besar-besar
bukan orang badan besar
contohnya Pegawai British.
Tapi ER kata duluuuuuuuuuuuuuu
dia jalan kaki jer naik Bukit Bendera ni,
Putera Gunung Jerailah katakan :p


Orang putih kata,
 'You've NEVER been to Penang Unless You've been to Penang Hill'.
Maknanya lebih kurang,
 kedatangan kita ke Pulau Pinang ni takkan lengkap sekiranya tidak naik ke Bukit Bendera.
Ooooo.. jadi selama ni Sk tak cukup syaratlah ya... huhuhu.
Sekarang dah cukup syaratlah ya.. hehehehe.


Bukit Bendera terdiri daripada sekumpulan puncak bukit di Pulau Pinang.
Ia terletak di kawasan Air Itam Pulau Pinang dan 
6 kilometer dari pusat bandar George Town.
Asalnya dikenali sebagai Penang Hill
kini ia mula terkenal dengan nama Bukit Bendera
yang merujuk kepada Flagstaff Hill
dan puncaknya dimajukan menjadi kawasan pelancongan
sejak dulu lagi.
 
Mengikut ahli geologi pula,
Bukit Bendera terbentuk dari batuan granit
dan puncak tertingginya di Western Hill
pada ketinggian 833 m (2723 kaki) di atas paras laut.
Dan menurut sejarah dulu,
bukit ini juga digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill)
kerana dulu ia juga merupakan kawasan pengeluar strawberi.
Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi.

google image
 Perkhidmatan keretapi kabel di Bukit Bendera telah dimulakan sejak 21 Oktober 1923 
di sepanjang pendakian aras 830 meter dari paras laut itu.
Bukit Bendera adalah bukit yang pertama di negara kita mempunyai stesen keretapi sendiri.
Keretapi kebal dengan gerabak dari kayu rekaan Arnold R Johnson ini
digunakan hampir 55 tahun
sebelum digantikan dengan gerabak buatan Swiss yang lebih moden dan besar
yang mampu memuatkan sehingga 80 penumpang setiap perjalanan.
Fuhhhhhhhhh!! Penat Sk buat ulangkaji tauuuu...


Jadi, bagi sesiapa yang berpeluang untuk ke Pulau Pinang,
jangan lupa tau yang orang putih tadi tu pesan. Paaaaaaaaaa dia???
Pandaiiiiiiiiiiiiiiiii!!

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bestnya SK dah terjah Bukit Bendera... akak baru nak terjah cuti sekolah penggal ke dua ni.. Bila tengok keretapi naik tu memang seriau kan SK.. tapi bila sampai atas dah tak hengat dunia kan :)

    ReplyDelete
  2. penat berjalan semasa di puncak Bukit Bendera ni kan ..mendaki memanjang, tapi seronok jugalah tengok pemandangan.. :)

    ReplyDelete
  3. ramainya ahli rombongan SK . cuba tak ABC dia yg meletops ?

    ReplyDelete
  4. Pernah smp penang sekali je, masa lawatan zaman sekolah dulu.. hihi... ada apa yg menarik atas tu kak?

    ReplyDelete
  5. hahahhaa..sekarang dah terjawab lah soalannya kak, kenapa masa cuti sekolah terlampau ramai yg beratur..selain mmg ramai yg datang, SEMUA KENA BERATUR utk dpt kan diskaun tiket Mykad tu! adoiiii...

    Tq share info ni..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!