Hari ini juga, Sk merasa begitu istimewa kerana mendapat beberapa mesej dari mereka yang pernah bergelar anak didik kepada Sk. MashaAllah.. sesungguhnya hanya Allah SWT yang selayaknya menerima pujian. Sk hanyalah penyampai amanah dari-Nya. Doa Sk buat semua mereka yang bergelar guru teristimewa buat guru yang mendidik Sk sejak di sekolah tadika hinggalah ke kolej semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati serta memberi kesejahteraan di dunia dan di akhirat jua. Al-Fatihah juga buat guru-guru yang telah pergi terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi.
Al-Fatihah...
Flourless Choc Almondtorte... kek dalam kelasnya yang tersendiri resepi dari Chef Ezani Masterchef Malaysia yang pertama. Kaya dengan rasa coklat dan almond ditambah lelehan coklat ganache membuat kita menyuap tak berhenti, hihihi. Kek yang diadun dengan penuh kasih sayang di hari lahir Sk sendiri khas buat ibu tercinta yang mengandung, melahir dan membesarkan Sk tapi.... Sk pulak yang makan lebih. Camno nih??? Hahahaha. Resepi yang dikongsikan Kak dZana blogger Inspirasiku ini sesuai bagi mereka yang malas hendak mengayak tepung atau mendeko kek... haaaaaaaaaaa... tu ciri-ciri yang ada pada Sk lettewwwwwwwwwwww.
(terima kasih ya kak dZana.. Sk kongsi sini pulak)
Susah betul nak cari Strawberry di saat kehangatan meraikan hari ibu ni tau. Akhirnya bila pergi ke Jusco Taman U, barulah jumpa itupun tembamnyaaaaaaaaaaaaaa alahaiii. Sk pada mulanya cadang nak letak sebiji-sebiji susun penuh atas kek tapi bila dah tembam-tembam dan bentuk pun ada yang tak berapa nak stabil terpaksalah Sk belah-belah strawberry ni dan susun atas kek. Tapi yelah.. orang tak berseni nak mendeco ni memang gitulah gayanya tapi yang penting rasanya kurlazzzz!!!
Flourless Choc Almondtorte
Resepi : Chef Ezani
Sumber : Inspirasiku
100g mentega
140g coklat hitam
6 biji telur, diasingkan putih dan kuning
140g badam kisar/serbuk badam
85g gula castor
Caranya :
1. Panaskan ketuhar ke suhu 170 darjah C. Sediakan tin pembakar kek
"springform" berukuran 20cm. Alaskan dasarnya dengan kertas pembakar dan
sapukan mentega di seluruh bahagian dalam tin. (Sk guna loyang kek bulat biasa saiz 8")
2. Pecah-pecahkan coklat hitam dan cairkan
bersama mentega di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan di atas air
mereneh (double boil). Kacau sehingga sebati. Biarkan sejuk seketika (5
minit).
3. Masukkan kuning telur dan serbuk badam ke dalam campuran coklat dan kacau sehingga sebati.
4. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul putih telur sehingga kembang
sedikit (soft peak). Masukkan gula kastor dan pukul sehingga kembang
sepenuhnya (stiff peak).
5. Campurkan sepertiga putih telur yang telah dipukul tadi ke dalam
adunan coklat dan badam. Lebihan putih telur dikaup balikkan ke dalam
adunan kek dengan perlahan-lahan.
6. Tuangkan adunan kek ke dalam tin pembakar dan bakar di dalam ketuhar
selama 35-45 minit sehingga kek naik dan permukaan atasnya kering.
Bahagian dalam akan masih basah lagi jika dicucuk dengan lidi, tetapi
tidak mengapa. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Jangan risau
jika kek mendap dan merekah.
Ganache Coklat
150g coklat hitam
150ml krim memasak/krim putar/whipping cream (BUKAN non-dairy whipped topping)
Caranya :
1. Panaskan krim di dalam periuk kecil sehingga mendidih.(Sk buat kaedah double boil)
2. Masukkan coklat hitam (Sk guna dark choc coin Beryls). Kacau sehingga ia benar sebati.
3. Tuangkan ganache ke atas kek.
p/s Untuk menghias kek, lebihan ganache boleh disejukkan di dalam peti
sejuk sehingga keras sedikit, kemudian pukul ganache dengan pemukul
elektrik sehingga gebu dan bolehlah dipaipkan bentuk rosette di atas
kek.
hehehehehe.. sila abaikan segala surat-menyurat yang anda nampak di situ... |
terima kasih Siti Hasiah... foto ini membuatkan Sk benar-benar terharu |
Waduh2 SK.. mmg bkelas2 gitu dgn deco strwbry.. masa baca2 rspi tu mcm susah beno nk mmbuatnya.. tpi bila dah cuba mudah aje rupanya... kkdg baca nama kek pun dah gigil.. hihihi.. akak nk hadiah hari guru spotong kek yg ada strwbrynya ya..
ReplyDeleteyes.. the best teachers teach from the heart..... they teach you for you... not for them..
ReplyDelete(eh... cakap omputih ooooo)