LOBSTER YANG OHSEMMM MASAK BUTTER LAGI OHSEMMMM!!

Seri Kandi Tanah Jauhar
9
ASSALAMUALAIKUM...


HASIL tangkapan di Jeti Tanjung Sedili. Hah, bukan memancing. Kami memang tak ada skill langsung menggunakan kail. Baik ER, Sk apatah lagi.. hahaha. Pernah dulu Sk dibawa memancing ke Sedili Besar oleh pelajar-pelajar Sk, ikan tak dapat umpannya habis. Orang lain dah dapat berekor-ekor ikan. Bila tarik tali pancing ke atas, umpan tak ada, ikan pun tak ada. hahaha. Pada Sk, orang yang memancing ni mesti kena ada deria keenam, barulah mereka boleh dapat hasil yang lumayan. Betul tak kaki-kaki pancing semua???


Jadi, ini projek redah namanya. Sebaik sahaja menurunkan Iman di rumah guru tuisyennya, kereta terus meluncur menghala ke Kota Tinggi. Sampai di persimpangan Tanjung Sedili, ER singgah membeli tong polisterin sebab memang tak bawa dari rumah. Ada jugak ER berbunyi masa di rumah yang dia nak ke Tanjung Sedili, tapi Sk macam biasa, mim alif lam sim... hehehehe. Tak apalah, memandangkan tong yang ada pun tu dah buruk rupanya dicakar dek Zonan, huhuhu.. kita sambarlah yang baru, tak sampai RM7 pun harganya untuk yang saiz sederhana.

Disebabkan kami sampai pun dah hampir petang masa tu, banyak hasil laut yang dah berendam dalam air batu yang dah cair. Tapi masih segar lagi ya kerana semua itu adalah hasil tangkapan pada hari itu juga. Dan tangkapan yang paling lumayan dan berbaloi-baloi adalah inche Lobster ini. Lima ekor RM70... berbaloi-baloi-baloi kannnn...


Malam itu juga Sk sediakan hidangan untuk kami anak beranak.. Lobster Masak Butter. Konon gaya nak buat macam lobster yang kami makan di kedai Pak Mat di Kota Kinabalu dulu. Dengan mengingat-ngingat resepi yang Pak Mat dan isterinya ajar tu, Sk pun main taram sajalah. Alhamdulillah, ER dan Iman kata sedap macam Pak Mat masak, keh keh keh. Cuma ER kata lain kali buat banyak sikit kuahnya. Baik bossss!!! (Sambil tabik spring toing2!!) Bagi Sk pulak, rasa dah sedap, cuma struktur sos butter tu ada lari sikit. Tapi memang sodap ini bahhhhhh!!


Kalau Pak Mat menggoreng dahulu lobster sebelum dimasak, kami pula mengukus lobster. Sk juga tambah telur dalam kuah lobster ni. Nanti lain kali nak ikut betul-betul macam stail Pak Mat masak pulak, hehehe.

Lobster Masak Butter
Resepi : Seri Kandi Tanah Jauhar
Inspirasi : Pak Mat KK

Bahan-bahan :

Lobster
1/2 buku butter (125 gm)
5 ulas bawang putih (cincang kasar)
11 tangkai cili padi (hiris kasar)
3/4 tin susu cair
2 biji telur dipukul sedikit (guna garfu)
2 tangkai daun kari (lurut daun sahaja)
serbuk lada sulah dan lada hitam secukupnya

Caranya :

1. Panaskan periuk kukusan. Bersihkan lobster, buang janggut dan tongkatnya. Kukus lobster 15 - 20 minit. Belah dua lobster. Cara mudah membelah, belah dari bahagian bawah (kaki) lobster.
2. Dalam kuali, panaskan butter sehingga separuh cair. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili padi. Tumis lagi.
3. Masukkan susu cair. Kacau sekejap-sekejap. Api perlahan. Biar sehingga mendidih.
4. Masukkan telur yang dipukul tadi dengan mencurah tinggi sambil sebelah tangan kacau dalam kuali.
5. Kacau cepat-cepat kemudian masukkan lobster yang dikukus tadi.
6. Taburkan daun kari, serbuk lada sulah dan lada hitam. Balik-balikkan lobster dalam kuah sehingga kuah agak meresap.
7. Matikan api dan boleh dihidang bersama nasi putih atau nasi goreng cina.

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. hehehhee..
    cili dua bijik tu macam dok posing kat situ nak bergambar last minit!

    eniweyyyyy..
    ahkak terliur!!
    :)

    ReplyDelete
  2. Best nye lobsters tu sari...besar dn murah lak tu. Hulur le sepiring kat kak ni haaa...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...singgah memlm xthan bau lobster tuu....memang kna masak mcm tu...

    ReplyDelete
  4. Untungnya SK. Sebab biasa seekor pun dah cecah 50-70 ringgit. Ini 7 ekor!
    Puaslah makan sekeluarga ye:)

    ReplyDelete
  5. Waaahhh best2 nak try buat resepi ni. Smlm kawan suh tolong jualkan ketam dia. Murah2 je pon. N besar. So emy dapat rembat lobster for free hehe. Nak menunaikan hasrat mak buyong nak request nak makan lobster ala2 mcm kat restoran seafood.. hadoiii.. pening kepala!! Hehehe tima kasih resepi nya. Nti nak try la.. nti saya share kat blog saya pula kalau menjadi ok.. hehehe tq tq

    ReplyDelete
  6. ohsem....hari ni jugak nak try. tadi hubby sempat rembat 2 ekor...rezeki baby la ni...thanks share resipinya ye....

    ReplyDelete
  7. ohsem....hari ni jugak nak try. tadi hubby sempat rembat 2 ekor...rezeki baby la ni...thanks share resipinya ye....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!