NASI GORENG STUPID-STUPID DENGAN AYAM PANGGANG STUPID-STUPID TAPI SEDAP!!!

Seri Kandi Tanah Jauhar
1
ASSALAMUALAIKUM...


SEJAK akhir-akhir ini SK suka sangat masak cincai-cincai. (Bukan dari dulu memang masak cincai ke???) Seronok sangat rasanya masak main campak-campak apa yang ada ni tau. Alkisah tersebutlah kisah yang sebenarnya malam semalam Sk kepenatan nak memasak. Walaupun semalam balik kerja awal tapi SK tersangkut dalam kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Semalam Kelab Staf di pejabat SK menganjurkan majlis hi-tea. Keluar-keluar dari hotel rupanya hujan lebat giler. Bila hujan lebat banyak jalanraya di JB bah. Lebih parah lagi bila satu 'skirt' kereta entah dari mana tertanggal dan terapung dalam air bah tu. Jadi makinlah bertambah lambat pergerakan kereta-kereta lain.. huhuhu. Oh, ya.. ada peristiwa manis yang perlu dikenang dalam majlis tu nanti Sk kongsikan kemudian dalam entri akan datang.

Balik cerita semalam, sampai rumah Sk terus sinsing lengan masukkan kain baju yang berlambak dalam mesin basuh. Sejak akhir-akhir ni bertimbun betul baju yang nak dibasuh sebab selalunya Sk cuci berselang hari tapi disebabkan JB selalu dilanda hujan petang bila sampai rumah kain-kain yang tergantung di 'yard' agak lembab. Maka tertundalah kerja-kerja mendobi. Ampaian SK pulak cuma boleh muat untuk dua 'trip' jer. Nasiblah cuma tiga beranak kan... tupun asyik post status kat fb pasal nak lipat kain baju jer. Ngalahkan orang anak enam.. hahaha. Yang kelakarnya ramai pulak kawan-kawan yang suka 'tag' Sk bab melipat kain baju ni.. memang tau diorang ni, hahaha.

Jadi, bila ER sampai rumah, Sk bagitahu dia yang SK nak goreng spaghetti jer. Tapi pakcik ni memang perut dia mengada tau.. dia kata dia lapar nasi. Kalau nak tahu, ER ni jenis yang ambil sarapan berat (pukul 10 pagi) contohnya nasi lemak lepas tu teruslah dia tak makan sampai malam baru makan malam. ER adalah seorang yang 'workaholic' (cemana eja???). Selagi tak siap kerja dia tak makan. Sebab tulah Sk susah nak jaga diet sebab tiap-tiap malam kena teman dia makan makanan yang berat-berat. Alasan!!!

Jadi, Sk cakap sambal udang semalam ada lagi. Nasi ada dalam peti sejuk, Sk panaskan nak? Wahhhh, Sk memang suka bab panas-panas lauk ni. Dasar betullah.. hahaha.

"Haaaaaaa... buat nasi goreng!" Cadang ER.. sajalah tu bagi kita buat kerja lebih sikit, huhuhu.

abaikan tepi pinggan yang comot.. huhu
Jadi yang menurut perintah ni dengan sukacitanya masaklah nasi goreng ni. Pulak tu cili hidup, cili padi satu tangkai pun dah tak ada. Yang ada cili kering, haishhh.. malas lak nak rendam. Sk tak berani guna cili giling Puteri tu sebab iakan dah siap garam dan asam nanti semacam pulak rasa nasi goreng tu. Kebetulan Sk memang dah rendam siap-siap daging cincang untuk buat spaghetti goreng kan.. jadi tak apa, kita tukar dengan nasi. Lepas tu  SK tabur jagung dan kacang peas sikit bagi lebih rencah untuk nasi goreng tu. Nak bagi pedas Sk tabur juga serbuk lada hitam dan lada sulah... penuh selera pakcik tu makan walaupun nasi goreng bodo-bodo stupid-stupid jer. Entah.. sebab sedap ke lapar ek???? Huwa huwa huwa.

Eh, nampak tak kacang peas tu. Tak ada rupa kacang peas langsungkan. Ni ER lah ni masa beli tu Sk suruh ambil kacang peas yang biasa kami beli, dia sibuk nak ambil yang murah tu. Dia kata semua kacang peas sama jer. Hah, tengok.. tak ada rupa kacang peas pun. Padahal pada tin tu ada tulis 'green peas' tapi warna dia pucat lesi. Rasa pun tak berapa nak lemak tau.

Ayam tu pulak Sk memang dah keluarkan awal-awal dan rendam. Dah banyak kali jugak Sk buat ayam panggang macam ni sebab Sk tengok ER enjoy makan. Masak pun tak susah, Sk ikut macam Kak Ida1001Resepi ajar. Tabur jerlah apa-apa yang ada dalam kabinet dapur rumah kita tu. Rempah-rempahlah.. jangan tabur pasir benda yang bukan-bukan dan tak logik pulak, hahahah. Untuk ayam panggang ni, SK lumur siap-siap dengan garam dulu lepas tu Sk tabur dengan serbuk lada hitam, lada sulah, rosemarry, parsley, apa lagi ek.. jap.. tengok kat dapur... heheheh.


Haaaa... inilah dia rempah ratus yang Sk perap kat ayam tu. Tapi Sk terlupa betul letak serbuk cili dan serbuk kunyit. Kalau tabur rempah kari pun lebih sedap lagi rasanya tau... Peraplah dalam setengah jam gitu. Tapi Sk tak perap lama kali ni sebab badan dah letihkan, Sk perap dalam 15 minit jer dan panggang dalam magic pan. Memang seronok tengok ER makan, hilang rasa penat tau... hehehehe. Habis makan layan filem Zombie Kilang Biskut sambil lipat kain.. hahaha. Ini kali kedua SK tengok sebab kali pertama tu Sk tak faham langsung sebab asyik tinggalkan tv buat kerja lain. Malam tadi barulah tengok betul-betul dan faham jalan ceritanya. Barulah boleh ketawa berdekah-dekah lebih-lebih lagi bila tengok Usop Wilcha belasah pontianak tu, hahaha. Siapa yang belum tengok, bolehlah layan untuk hiburan jer tau...

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah...saya macam kena beli juga lah pemanggang ajaib ni rasanya....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!