MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Monday, May 5, 2014

MAKAN-MAKAN DI HARIJADI

ASSALAMUALAIKUM...
 
 
TAK susah nak melayani selera makan inche yang menyambut hari jadi ke 44 ini.
Bawa sahaja beliau ke restoran kegemarannya ini.
Tak perlu ada Udang Goreng Mentega yang mencecah puluhan ringgit sepinggan
atau Ketam Lada Hitam yang berharga RM30 seekor. Yang wajib ada ...
 
 
 
Siakap Kukus Lemon
Ikan siakap yang dikukus dan dihidang bersama sos lemon yang pekat likat.
Isi ikan siakap yang putih gebu disuap ke mulut bersama sos yang rasanya masam-manis.
Ini hidangan yang paling digemari ER dan
masakan lemon ini sendiri diilhamkan oleh beliau kepada tukang masak
di restoran kegemarannya ini,
mana lagi kalau bukan restoran Cina Muslim di Gelang Patah,
Restoran Yeo Sekeluarga.
Maknanya kalau nak datang sini
bawalah keluarga anda bersama, gitewww.
 
 
Lemon Chicken
Masam Manis memang kesukaan. 
Ayam bersalut tepung yang digoreng garing
dan dicurahkan dengan sos lemon
sipi-sipi jer
untuk mengekalkan kerangupan ayam.
 
 
 
Baby Sotong Goreng Madu
dan
Baby Kailan Goreng Sos Tiram
Baby sotong digoreng madu bersama potongan timun dan nenas.
Tak sesuai untuk orang yang sakit gigi atau gigi goyang
takut nanti ada yang tertelan gigi sendiri, ekekeke.
Kena order juga
Baby Kailan yang digoreng bersama sos tiram.
Order di mana-mana restoran pun tak boleh lawan masakan baby kailan sos tiram di Yeo Restoran. Oh, ya.. ada rasa minyak bijan sikit.
 
 
Bean Curd Hot Plate..
melocot-locot lidah dibuatnya menyuap tauhu jepun
yang masih panas mendidih ke dalam mulut.
Dimasak bersama cendawan, fish cake, udang dan telur yang dipecahkan berperisa sos tiram.
Dihidang pula di dalam pinggan panas.
Yang ini menu wajib ada dalam senarai.
 
 
Inche hari Jadi yang muka nampak garang dalam hati ada taman..
Selamat hari jadi!!! Semoga panjang umur.. diberi kesihatan yang baik.. dan berjaya di dalam kerjaya serta berbahagia di dunia dan di akhirat jua, Aamiiiinnnn.
 
Jangan lupa minggu depan punya depan hari jadi saya pula ya!!!
:))))))))))))))

5 comments:

  1. Happy Birthday ER. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang tak bernoktah. Amiin.

    ReplyDelete
  2. tun nak kek yg kt atas sekali tuu

    ReplyDelete
  3. Selamat hr jadi ER. Hahaha.....statement melocot2 lidah tu yang tak tahan tu!

    ReplyDelete
  4. encik ER tu sekali pandang siyes benar wajahnya kak... kalo jumpa depan2 nak senyum pun takot... tapi itulah, tak kenal maka tak cinta... happy birthday!

    ReplyDelete
  5. Hepi besday inche..
    masakan baby sotong buat akak terliur..

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

26 SYAWAL

Assalamualaikum... ALHAMDULILLAH.. dah hari ke 26 kita meraikan Syawal. Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka da...