CHURROS

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
  Assalamualaikum...
 
 
INI kali ketiga Sk membuat Churros.
Ada orang yang buat sekali pun dah serik.
tapi Sk tidak
sebab rasanya yang unik dan disukai Iman
Walaupun...
 dalam banyak-banyak kuih yang Sk pernah buat,
inilah kuih yang paling mencabar.. hahaha.
Macam lari 5 km dibuatnya.. berpeluh-peluh.. huhu.
Eh! Churros ni kategori kuih ke?
Sk pun tak reti nak labelkan.. hehehe.
 
Resepi Churros ni, punyalah senang
Murah pulak tu
Sekelip mata jer siap.
Cuma lenguh jugaklah lengan ni nak sebatikan telur dengan adunan tepung masak tu.
Kalau krim puff boleh guna mixer.
Yang ni Sk guna senduk kayu.. berbunyi-bunyik otot dibuatnya (tipu)
Eleh.. tak percaya sudah :p
 
Dah tu... kalau kata senang
kenapa pulak diumpamakan macam lari 5 km???
 
Haaa.. yang pernah buat jer tahu
macammana siksanya nak mempaip adunan churos ni
tak kisahlah nak paip ke dulang dulu
atau terus ke kuali
dia punya mencabar
ada yang piping bagnya benjol
ada yang meletops
haha.. tips Sk
gunakan dua helai piping bag
mula-mula potong dulu muncung piping bag yang pertama
jangan besar sangat
lepas tu masukkan piping bag satu lagi dalam piping bag pertama tu
pastikan ia dalam keadaan selari
tarik keluar muncungnya.. ratakan selari
kemudian potong sama paras muncungnya
sebelum dimasukkan nozzle bentuk bintang atau rosset
 
Ada jugak yang kata,
 tak ada nozzle bintang pun tak apa
Bagi Sk yang dah tiga kali buat ni
wajib guna nozzle bintang atau  rosset
sebab, masa buat kali kedua tu
nozzle Sk bolos
agaknya dah terlebih muatan
atau potong muncung  piping bag terlalu besar
sayang pulak nak guna piping bag baru
terus habiskan picit tanpa nozzle
sebab adunan tinggal sikit
hasilnya churros rasa macam jemput-jemput manis
tak rangup di luar
lunak di dalam
seperti yang sepatutnya ada pada rasa
sebatang churros
 
Sebenarnya bentuk muka bumi churros
yang tajam dan berkelopak tulah
yang membuatkan rasanya unik
walaupun hanya menggunakan
tepung gandum, air, gula dan mentega serta telur sahaja
 
Sk guna resepi dari resepi viral yang dikongsi di fb kawan-kawan
Dah tak ingat siapa punya resepi asal
Yang pasti kebanyakan resepi menggunakan bahan yang sama
cuma sukatan ada yang berbeza
dan ada yang gunakan serbuk penaik
ada yang tak guna
 
 
CHURROS
 
Bahan-bahan:
 
1 cawan tepung gandum (Sk guna mug besarrr)
1 sk serbuk penaik
1 cawan air (gunakan mug yang sama dengan tepung tadi)
2 sb rata gula pasir
2 sb mentega atau margerin
secubit garam
1 biji telur gred A
sedikit esen vanilla
 
*Ayak tepung gandum dan serbuk penaik ke dalam mangkuk besar
ketepikan
 
Cara-caranya :
 
Panaskan air, margerin, gula dan garam dalam kuali sederhana besar
bila mendidih, kecilkan api
masukkan tepung diayak tadi
kacau guna senduk kayu rata-rata dan cepat-cepat
tutup api
kacau sampai tidak melekat di tepi kuali
masukkan dalam mangkuk besar tadi
 
Masukkan telur dan sedikit sahaja esen vanilla
Kacau rata-rata guna senduk kayu
 
Ambil dua helai piping bag
mula-mula potong dulu muncung piping bag yang pertama
jangan besar sangat
lepas tu masukkan piping bag satu lagi dalam piping bag pertama tu
pastikan ia dalam keadaan selari
tarik keluar muncungnya.. ratakan selari
kemudian potong sama paras muncungnya
sebelum dimasukkan nozzle
 
Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya
api sederhana.. jangan besar sangat.. jangan kecil sangat
masukkan adunan dalam piping bag.. jangan penuh-penuh
nanti terlebih muatan..
picit adunan keluar agak-agak panjangnya
putuskan guna gunting
guna jari pun boleh
goreng sehingga keemasan
toskan
 
Taburkan atau salutkan dengan gula kisar atau icing sugar
yang digaul dengan sedikit serbuk kayu manis
kalau tak ada serbuk kayu manis
tumbuk jer halus sikit kayu manis kat dapur tu
ayak atas gula
memang berbeza rasanya gula yang kosong
dengan yang ada serbuk kayu manis ni tau
kalau celup nutella lagi sedap..
tapi salut gula dengan serbuk kayu manis tu wajib ya
aummmmm!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oh...kiranya guna dua piping bag ye SK
    Kakak tak pernah buat. Makan aje pandai hihi..

    ReplyDelete
  2. amboiii seri berchurros lgi ini buat mencabar nafsu tua ni haha

    ReplyDelete
  3. amboiii seri berchurros lgi ini buat mencabar nafsu tua ni haha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!