BAGAIMANA KUCING BERKOMUNIKASI?

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

SIAPA ada kucing di rumah, pernah tak anda terfikir bagaimana kucing berkomunikasi? Contohnya kucing Sk nikan. Oh, ya.. untuk pengetahuan, sekarang ni Sk memelihara tiga ekor kucing, Zonan, Ponti dan Cik Lang. Zonan ni Sk tak tahulah nak kategorikan sebagai bujang, duda atau suami orang kucing. Kerjanya keluar dari pagi sampai malam, malam sampai pagi atau lebih senang kata, dibuatnya rumah macam hotel. Abang kawasan katanya.. huhuhu. Baca kisah Zonan DI SINI.

Jadi, yang betul-betul lekat di rumah ni anak dara dua ekor tulah, Ponti dan Cik Lang. Sejarah Ponti dan Cik Lang boleh baca DI SINI.



Ponti dan Cik Lang ni setiap hari memang kerjanya cuma makan, tidur dan berlari. Kira main ram ram rit ketupat jerit la tu. Kadang-kadang Cik Lang kejar Ponti. Kadang-kadang Ponti kejar Cik Lang. Tapi selalunya Pontilah yang kejar Cik Lang. Ni disebabkan perangai Cik Lang yang suka mendengki. Ponti ni debab sikit. Dia suka tidur dan bersantai. Nanti tiba-tiba Cik Lang datang menggigit. Ponti marah.. dia kejarlah Cik Lang.


 

Disebabkan pelan lantai rumah Sk yang memanjang dari ruang tamu sampai dapur, memang mudahlah depa nak lari. Tak ada penghadang kecuali sofa di ruang tamu (yang dah 10% jahanam dicakar) dan meja makan di dapur. Jadi, biasanya depa akan slow di dua tempat ni. Kalau sofa tu memang tempat memanjat.. merentasi meja kopi dan satu lagi sofa yang Sk letak ditingkap. Setiap hari balik kerja mesti alas meja dah melintang dan silap haribulan segala benda atas meja tu turut berterabur di lantai. Sudahnya, Sk biar kosong jer.

Bukan sahaja alas meja kopi malah meja konsol dan meja makan pun dah togel. Banyak sangat barang kaca dan seramik yang berderai. Memang pantang depa kot ada alas-alas meja ni. Mesti kena tarik. Sedihhhhh tengok rumah, huhu.

Kadang-kadang, bila duduk berdua tak nampaklah pulak macam berbual. Sebab senyap jerkan. Taklah pulak dengar bunyi....


Cik Lang : Meow meow meow meow meow
Ponti        : Meow meow meow meow meow nyauuu

Depa tak berbual ke??

Kadang kalau tengah baik tu, Ponti jilat Cik Lang, Cik Lang jilat Ponti. Sekejap lagi salah seorang seekor tergigit, berkejar lagi.. hohoho. Kadang, Ponti tengah duduk-duduk. Datang Cik Lang gigit Ponti sampai tergeliat-geliat budak debab tu. Akhirnya Ponti lari. Dan Cik Lang akan duduk situ.. macam dapat tahta pulak.

Selain dari suka berlari, satu lagi kegemaran depa ni ialah menangkap lipas dan anak cicak. Main dekat belakang atau celah almari, kalau terserempak je memang tak adalah harapan lipas tu nak hidup. Anak cicak memang tak panjang umurlah.. bagus jugak.. huhuhu. Selalunya mereka akan menangkap bersama-sama. Yang paling tangkas tu Cik Lang. Mungkin sebab dia kurus sikit dari Ponti. Ponti lebih kepada standby.. hahahah. Tapi memang tak ada bunyilah.. meow ke.. nyaw ke... senyap jer pas-pas lipas ngan anak cicak tu kat belakang.

Kan Sk cakap, Ponti tu suka tidur dan bersantai. Cik Lang pulak suka ronda satu rumah. Semua celah dia ronda. Kalau penat dia akan rehat atas tembok belakang rumah.. kadang sampai tertidur. Jadi, malam tadi Sk tengok Cik Lang ada atas tembok menikmati keindahan malam. Sk ajak masuk pun dia buat dono. Sk tinggalkan dia terus baring dalam bilik sambil tengok tv. Ponti baring sekali dalam bilik menyorok dalam beg recycle. Memang hobi dia menyorok dalam beg macam tu. Kadang sampai tertidur.

Lama jugaklah... Sk rasa nak pergi bilik air. Sk tengok Ponti masih tidur lagi. Sampai depan pintu bilik air, Cik Lang pun ada kat dapur tu. Dia ni pantang orang masuk bilik air, dia pun nak join.. tak sempat Sk nak tutup pintu dia dah meloncat masuk sekali. Bolehlah pulak ada anak cicak dekat pintu bilik air tu. Terus Cik Lang tahan dengan tangan (ke kaki?) dan tangkap dengan mulut. Sk jerit suruh dia bawa keluar (sambil bukakan pintu). Cik Lang pun keluar sambil menggonggong anak cicak tu.
 

Keluar jer dari bilik air, fuhhh terkejut Sk. Ponti yang tadi bukan main nyenyak tidur dah ada dengan Cik Lang main pas-pas cicak. Jarak bilik air dengan bilik (tempat Ponti tidur tu dekat 50 kaki tau). Korang ni biar betul? Siapa yang panggil Ponti? Cik Lang??? Macam mana dia panggil? "Pontiiiiiii... aku dapat cicakkkkk" Gitu ke? Sampai sekarang masih pening. Bagaimana kucing berkomunikasi???


Gambar : Cik Lang menggigit telinga Ponti.. pendengki sungguh!
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Punyalah rileks duduk dalam bakul macam boss
    Main kejar-kejar dlm rumah kalau kakak meamng menjerit tak sudahlah SK
    Kakak ni bukan tak sayang kucing tapi kakak gelilah..

    ReplyDelete
  2. ada masa pulak dok tengok gelagat kucing ni, kalai kaknoor tengok gelagat cucu pun tk habih

    ReplyDelete
  3. nama bukan main seram gitu. Gitulah alkisah kalau ada makhluk berbulu dalam rumah ni. saya pun pernah tinggal dengan ramai kucing dulu. sampai sekarang rumah mak saya kat kampung still tak pernah pupus budak bulu ni.. kalau depa melompat.. memang lintang pukang rumah. sofa pun turut bebulu jugak kena cakar. tu tak termasuk bomba dok buat aktiviti menyembur air.. datang musim honeymoon paling teruk kena cuci

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!