NASI LEMAK DRIVE THRU RM1

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...
 
 
DUA hari berturut-turut Sk bersarapan nasi lemak.
Nasi lemak ni Sk beli di gerai nasi lemak
yang baru dibuka awal tahun ini
di tepi jalan selepas lampu isyarat
Bandar Baru Kangkar Pulai
menghala ke Johor Bahru.
Sebenarnya bukan ada gerai pun
tapi cuma ada sebuah meja
penjualnya sepasang suami isteri yang masih muda.
 
Mereka menggunakan konsep pandu lalu
Jadi kita tak perlu nak turun dari kereta
cuma kena panjangkan tangan sikit
sebab penjualnya berada di sebelah kiri
takkan nak berdiri sebelah kanan pulak
tapi Sk ada PA
jadi tak ada masalah
hehehehe
 
Sebenarnya dah beberapa kali plan nak singgah
beli nasi lemak
sejak mereka mula berniaga
tapi.. asyiklah ter.. berada di lorong kanan.
Semalam Sk dah beringat dari lampu isyarat Kangkar Pulai,
dah bersedia dengan duit RM1 dua keping,
hajatnya nak mencuba sahaja.
Dahlah nasi lemaknya murah
sedap dan kuantitinya tu
bagi Sk berpatutanlah dengan harganya seringgit sebungkus,
ditambah bukan senang ya berkorban bangun pagi-pagi
menyediakan dan membungkus nasi lemak
di saat orang lain masih lena dibuai mimpi.
 
Jadi, hari ni singgah beli lagi
menunaikan hajat orang
dan Sk pun tumpang sekaki
Burpppp... Alhamdulillah.
 
 
 
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap, muga akan bertambah murah rezki sipenjual... memudahkan pembeli yang kesuntukkan masa nak singgah digerai2...

    ReplyDelete
  2. masi lemak anytime je bpleh masuk kalau perut kaknoor Seri nmpk simple je tpi mesti sdp ni nmpk sambal merah jeee

    ReplyDelete
  3. Cukup ke makan sebungkus tu? :P
    Saya balik Skudai nanti, nak try la

    ReplyDelete
  4. Nak lauk, kita bawa telur rebus atau ayam goreng dr rumah. Mmg mudah sungguh. Ini...untuk bekal pegi sekolah pun sgt bagus ni..

    ReplyDelete
  5. Kalau seringgit kakak bayangkan macam pau sebiji aje SK
    Kena perut kakak at least kena 3 bungkus baru ok:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!