Assalamualaikum...
GOLDEN Lobster..
itulah yang boleh Sk umpamakan
mengenai hidangan lobster ini.
Kata Kak Long Sk,
tak sia-sia memenuhi hajat ER ke Sedili :)))
Lobster ni sebenarnya kalau boleh
jangan disimpan atau difrozenkan.
Sk masih ingat
masih bergerak-gerak lagi kaki lobster ni
semasa dipinang
dan diberikan wang mas kahwinnya.
Sebab itulah
walaupun penat pulang dari pasar
dan mengambil Iman balik tuisyen
Sk gagahkan diri
memasak lobster ini
Rasanya..
inilah antara hidangan Lobster Mentega
yang terrrrrpaling sedap dari dapur Alam Sari.
Sosnya kuning keemasan
dan sungguh berkrim
disukai ramai ;p
Siapa yang tengok Majalah Tiga malam tadi
tentu terliur kan..
Sk pun... adoiii
Siapa yang tengok Majalah Tiga malam tadi
tentu terliur kan..
Sk pun... adoiii
Gigih Sk membersihkan
dan membelah udang kara ini
sebelum dimasukkan ke dalam pengukus
yang sedang berwap-wap
Telentangkan udang kara
letakkan pisau baik-baik di bahagian tengahnya
dan gunakan tukul besi atau anak lesung
untuk membantu pisau
membelah dengan sempurna
Sk belah separuh jalan je
supaya lobster boleh duduk baik-baik
dalam pinggan.. hahaha
Sk lebih suka lobster yang dikukus
kerana manisnya tidak hilang di tekak Sk
taburkan sedikit serbuk lada hitam
di tubuh lobster yang seksi itu
awwwww
Terima kasih kepada Sue Suraya
yang mengajar Sk cara masak mentega yang sedap
iaitu dengan menambahkan susu pekat
Kali ini Sk tak masukkan telur
sebab hendakkan teksture sos
yang licin dan tidak berketul
Sk gunakan resepi yang sama DI SINI
dan diolah semula
Sk juga menumis menggunakan garlic spread
GOLDEN LOBSTER
Bahan Sos :
1 senduk Garlic Spread
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 tangkai cili padi (dicincang)
2 tangkai daun kari (lurutkan)
3/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil lebih kurang garam
1 sudu besar susu pekat
Cara-caranya :
Lobster dibelah dua.. telentangkan dan belah di atas perutnya
Taburkan serbuk lada hitam
Kukus 20 - 25 minit
Sos :
Panaskan garlic spread dalam kuali.
Tumiskan bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau
masukkan susu cair.. api sederhana
kacau sehingga mendidih
masukkan garam.. kacau lagi.. kecilkan api..
masukkan susu pekat.. kacau sentiasa hingga ia agak pekat
masukkan udang perlahan-lahan.. jirus dengan sos
biar seminit.. tutup api dan hidangkan.
Cara buat garlic spread :
Sk guna 1 senduk buttercup, 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat, sedikit rosemary, oregano dan daun parsley cincang. Gaulkan semuanya. Kalau nak buat banyak, gandakan bahan-bahan dan simpan dalam peti sejuk.
Sayur yang paling sejodoh
dengan segala jenis masakan laut
adalah baby kailan
Lepas cuci bersih
toskan airnya kering-kering
nak perah pun tak apa
tumis bawang putih dan setengah labu bawang besar
dengan sedikit minyak
sehingga bertukar warna
baru masukkan baby kailan
goreng lima minit
masukkan sedikit sos tiram
dan percikkan sedikit minyak bijan
tabur sedikit lada sulah
dan hirisan cili padi ketika menghidang
hasilnya..
ohsemmmm!
Kakak ada tengok majalah3 malam tadi
ReplyDeleteMemang terliur:)
Wow tayangan Lobster tu macam kat Hotel 5 bintang tu SK..
ReplyDeleteMahu tak meleleh air liur CH menengoknya..
Berapa harga seekor lobster tu SK..
Nampak kesegarannya..
Lobster inilah yang paling...paling win sekali...gluppp...
ReplyDelete