TALAPIA BAKAR CICAH AIR ASAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
  Assalamualaikum...
 
GARA-GARA tak puas makan Talapia Bakar
di Pinggiran Sungai Sayong, Kuala Kangsar, Perak
sekembalinya dari utara akhir tahun lepas.. akhirnya terjadiklah
Talapia Bakar Cicah Air Asam di dapur Alam Sari.
Lama dah kejadian ikan bakar ni.. tentu ada yang perasan Sk dah kongsi dalam ig dan fb.
Kebetulan betul-betul ada seekor sahaja talapia merah yang besar di Pasaraya Gergasi
semasa kami singgah membeli barang-barang dapur.
Yang lain semua besar tapak tangan jer.
Tak sangka pulak ada orang rupanya yang teringin.. hihihi.
 
 
Talapia ni Sk bakar guna magic pan.
Langsung tak balut daun pisang atau aluminium foil.
Bakar bulat-bulat jer macam tu.
Sebelum tu Sk perapkan dulu dengan garam dan kunyit macam nak goreng ikan.
Hasilnya dapat kulit talapia yang rangup krup krap krup krap.
Rangup bukan hangus ya.. sengaja bakar garing sikit bagi confident
ikan dah cukup masak.
Maklumlah, selama hidup berumahtangga, boleh dikira dengan jari
berapa kali jer membakar ikan ni.
kalau tidak asyik goreng, gulai, kari...
goreng, gulai kari.. huhuhu.
 
Resepi air asam, Sk search dalam fb
Nak cari resepi air asam yang sedap
menggunakan asam jawa
Rupanya baru sedar yang di dapur tak ada asam jawa
yang ada cuma asam keping
nangis!
Asam keping pun asam kepinglah.... huwa huwa huwa
Tengok bahan apa yang perlu
dan olah resepi sendiri
(terima kasih.. Sk lupa sumber air asam dari fb siapa)
 
Talapia Bakar
 
Ikan Talapia Merah (saiz besar)
Garam dan kunyit secukupnya
lumur pada ikan.
Bakar, 10 minit di setiap bahagian
dan tambah lagi dua minit untuk pembakaran akhir
Bakar dengan api sederhana
dalam magic pan
 
Air Asam
 
5 keping asam gelugor rendam dalam air masak setengah cawan
belacan bakar sebesar ibu jari
1 biji bawang besar hiris
5 biji cili padi hiris
1 tangkai cili merah hiris
2 sb budu (Sk tambah)
1 sk gula
1 biji limau nipis (ambil jusnya)
 
Gaul semua bahan.. tenyeh-tenyeh hingga sebati.
Hidangkan ikan bakar dengan air asam
Iman suka.. ER suka
yang best bila ditanya makan budu tak
dijawab mereka tidak
padahalllll.....
kering air asam diorang kerjakan
 
 
 
Gambar : Talapia Bakar Seekor RM25 
Makan di Persisiran Sg Sayong, Kuala Kangsar, Perak. 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Hmm... ikan bakar ni yg special aroma dia
    Keluar aje dari pemanggang mak-ai hidunglah yg rasa sedap dulu sebelum masuk mulut

    ReplyDelete
  2. Salam sari...ikan talapia bakar mmg sedap..bykkk isinya!!

    ReplyDelete
  3. Hello!
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!