NASI LEMAK CAMPAK-CAMPAK DENGAN SAMBAL TUMIS SOTONG KEMBANG

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
  Assalamualaikum...
 
BARU dua minggu jadual persekolahan bermula, badan Sk ni dah rasa macam daun tikar mengkuang yang terkeluar dari anyaman. Penat mengadap kesesakan lalu lintas setiap kali pulang dari kerja menyebabkan sampai ke rumah rasa nak marah jer..  masa tu kalau ada jer something wrong somewhere memang terus menyingalah jawabnya. Nasiblah sesiapa yang kena aum tu ya. Orang perempuan ni, kalau dia membebel tu maknanya dia dah penat.. penat sangat... huwa huwa huwa.
 
Bila orang tengah penat, tetiba ada orang request nak makan nasi lemak rasa macam... eh!
Tak faham ke orang penat ek. Orang penat ni jangan kata nak masak.. makan pun dia tak nak. Dia nak baring jer tau tak?? Hahahaha.
 
Nasi Lemak Campak-Campak
 
Bahan-bahannya :
1/2 labu bawang merah besar (mayang halus)
1/2" halia (hiris)
1/2 sk halba
200ml santan kotak (Sk guna ayam brand)
3 pot beras (cuci masukkan dalam inner periuk elektrik)
Air secukupnya (macam masak nasi biasa)
Garam secukup rasa
 
Cara-caranya :
Masukkan santan dan air secukupnya dalam periuk
Kemudian masukkan bawang merah besar, halia, halba dan garam.
Hidupkan periuk nasi elektrik.
Bila mendidih, kacau guna garfu.
Masak hingga nasi kering.
 
Sambal Tumis Sotong Kembang
 
Bahan-bahan :
Seekor Sotong Kembang (Bersihkan dan potong kecil)
minyak seccukupnya untuk menumis
1/2 labu bawang besar merah (potong bulat)
1/2" halia (hiris)
1 1/2 senduk cili kering kisar
5 - 6 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan
garam secukupnya
2 sk gula
 
Cara-caranya :
Panaskan minyak dalam kuali (senang kacau)
Tumiskan bahan-bahan kisar. Gunakan api perlahan.
Tumis lama sikit pun tak apa.
Masukkan belacan.. hancurkan dan gaul rata.
Masukkan sotong, garam dan gula.
Masak sehingga sotong cukup masak anggaran 8 - 9 minit
 kacau selalu supaya sambal tidak hangus.
 
Nota : Cara Mudah Sk Sediakan Lauk Nasi Lemak dengan kuali yang sama.
(tak buang karen)
 
Telur Lenggang, Kacang Tanah dan Ikan Bilis Goreng
 
Panaskan kuali sehingga betul-betul panas.
sementara itu...
 
2 - 3 biji Telur pecahkan dalam mangkuk
secubit garam
pukul guna garfu
percikkan sedikit minyak ke kuali
dadar telur nipis-nipis
buat sampai habis
 
Tambah minyak.. panaskan
Goreng kacang tanah sehingga rangup..
angkat dan toskan
 
Guna minyak yang sama
gorengkan ikan bilis hingga agak garing
 
Dengan minyak yang sama juga.. jika perlu tambah boleh tambah
Masak sambal tumis untuk nasi lemak.
 
 
Kalau ada lebih, boleh bawa bekal.
Sahutlah cabaran menteri.
kalau kita tak sahut siapa lagi yang nak sahut
tak gituuuu???
 
Notakaki : 1. Menggunakan minyak masak yang sama berulang-ulang tidak baik untuk kesihatan.
2. Ini adalah resepi campak-campak.. harap maklum.. orang penat :p
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Bekas bekal kita samalah:)
    Anak-anak kakak paling suka sambal tumis sotong kembang

    ReplyDelete
  2. campak2 tu la yang sedapnya, kan SK...
    tapi menteri tak bawak bekal.... depa bawak beras, masak kat office....hihihi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum SK...yang campak2 tu lah yg sedapnya..:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!