PANJANG UMURNYA.. NUR IMAN FATIHA

Seri Kandi Tanah Jauhar
6
  Assalamualaikum...
 
 
 
PANJANG umurnya..
Panjang umurnya..
Panjang umurnya serta mulia
serta mulia..
serta muliaaaa...
 
Alhamdulillah..
 
 
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah SWT
 
Hari ini Iman telah menjejak usia 15 tahun.
Kalau 10 11 tahun dulu tak pernah tahu bila tiba hari jadi
Sekarang ni ... ni sejak tahun lepas dok menghitung hari
jatuhnya hari apa
hari sekolah atau hari minggu
nak sambut hari jadi kat mana
nak kek macam mana
nak perisa apa
nak hias apa.. urmmmm...
 
 
Memandangkan hari jadi Iman jatuh pada hari persekolahan
dan hari pekerjaan
jadi Sk tidak bercadang untuk membuat sebarang sambutan
tambah lagi minggu ini merupakan minggu sibuk bagi ER
dengan segala mesyuarat kelab
undangan makan
perbincangan dan macam-macam
jadi kami tangguhkan acara makan-makan
pada hari minggu akan datang.. insyaAllah
 
 
Kali ini dah tak ada kejutan-kejutan
atau tiup-tiup lilin
Tapi untuk kenangan di blog
Kenalah berlakon
dan ambil gambar
 agar ada catatan dalam diari kehidupan
Alhamdulillah.. ada rezeki untuk belanja Iman kek hari jadi
nak makan banyak-banyak katanya
gemuk pun tak apa
atas permintaan Iman
Sk tempah Kek Chocolate Indulgence
Teringin sangat nak menikmati air tangan Rabi'atul Adawiyah
silent reader blog Sk ni sebenarnya
orang Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi
hari-hari tengok gambar-gambar kek Atul di ig
menitik-nitik ailio dibuatnya
tapi bayangan jer la menitik.. hahahhaha
tak boleh jadi.. bila nampak Atul post gambar Choc Indulgence
terus order sebijik
nampak tak maknya yang melebih dari anak
huhuhuhu
 
 Kata Iman, hadiah hari jadi
Dia dapat jerawat dua biji
Errrr... tak apalah Iman..
nak buat macam mana
zaman-zaman remaja
memang zaman jerawat nakal suka singgah di muka
bertabah jerlah ya
 
Bonda doakan, Allah swt memanjangkan umur anaknda
memberikan kesihatan yang baik
dan memberi ganjaran atas segala usaha dan penat lelah anaknda
yang tak pernah jemu belajar
demi mencapai cita-cita
menjadi insan yang berjaya
mencapai kejayaan dalam pelajaran
dan kemewahan hidup di masa hadapan
berakit-rakit ke hulu
berenang-renang ke tepian
bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian
dalam mengejar duniawi
jangan lupakan kehidupan yang abadi
semoga anaknda menjadi insan yang berjaya di dunia
dan berbahagia di akhirat jua 
Amiiiinnn Ya Rabbal Alamiiinnn..
 
Notakaki : Siapa nak tempah kek boleh follow
ig Atul : rabi.atuladawiyah
fb : Rabi'atul Adawiyah

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. selamat ulangtahun utk Iman ya wah sama lah nama dgn Iman mktok ni, semogA Allah panjangkan umur nya sukses dlm pelajaran dan bahagia bersama family ya

    ReplyDelete
  2. Happy birthday sayang.
    Semoga mampu membahagiakan bonda dan ayahanda tercinta tak lupa diri sendiri juga
    Sentiasa mampu dan dapat senyum atas segala-galanya..

    ReplyDelete
  3. Sanah helwah Iman..
    Semoga menjadi anak yg solehah..
    Panjang umur..
    Terus suksess dalam pelajaran..

    ReplyDelete
  4. Hepi besday wat anakanda Iman..moga menjd anak yg solehah cemerlang dunia akhirat. Aamiinn!

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Lahir NUR IMAN FATIHA...semoga jadi anak yg solehah & cemerlang dlm pljran.Aamiin

    ReplyDelete
  6. Happy 15th birthday to Nur Iman Fatiha, semuga berjaya didunia dan akhirat.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!