Assalamualaikum...
SEMALAM petang Sk dikejutkan dengan berita seorang kawan semasa di sekolah menengah dulu, Nor Ain yang biasa kami panggil Ain telah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di otaknya. Satu kejutan buat Sk apabila mendengar khabar, kawan yang periang, suka tersenyum dan ketawa kini terlantar di pembaringan. Memandangkan semalam Sk ada kelas sampai petang, Sk tak berpeluang untuk melawat dan bercadang untuk pergi petang nanti.
Namun tiada daya upaya kita apabila perancangan Allah mengatasi segalanya. Sk insyaAllah, akan pergi melawat Ain tapi sayangnya, hanya tinggal jasad kaku. Antara chatting kami ketika mula-mula bertemu kembali di fb. Pastinya Ain akan dalam ingatan Sk sampai bila-bila Ain.
Al-Fatihah buat Arwah Nor Ain Haskani, semuga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman.... Aamiin.
ReplyDeleteAlfatihah..
ReplyDelete