UDANG SAMBAL BALI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...
 
LEMAU sungguh badan bila terlalu lama bercuti. Bayangkan tiga hari makan tinggal senduk dan suap ke mulut. Habis makan ada orang yang angkatkan pinggan. Balik bilik dah siap orang kemaskan. Terus sambung tergolek mengadap laptop yang menayangkan drama online. Errr.. patutlah Pak Inche sekarang bukan main lemau kalau disuruh memasak. Dah seronok jadi tuan rupanya.. huwa huwa huwa.
 
Ambil mood lepas lama dapur tak berasap. ER kata habiskan stok udang yang tinggal 8 ekor dalam peti beku. Dah nak jadi kayu dah sebab terlalu lama bertapa. Hahahaha. Macam biasa kalau udang tu masak sambal la jawabnya. Tapi macam bosan pulak asyik makan lauk sambal yang serupa.
 
Memandangkan masih banyak serai di dalam peti sejuk.. dari kering dan terbuang begitu sahaja Sk terfikir untuk buat Udang Sambal ala ala Ayam Masak Bali tu. Kita tukarlah namanya jadi Udang Sambal Bali. Untuk resepi ini Sk tak letak belacan.. garam pun tak letak sebab Sk letak banyak kicap. Hasilnya memang terbaik. Iman sampai sudu sambal dalam mulut. Dikoreknya lebihan sambal kat tepi-tepi pinggan tu.. hihihi.
 

UDANG SAMBAL BALI

Bahan-bahannya :
1/ 2 kg Udang Besar (bersihkan belah belakang)
6 - 7 batang serai dititik
3 tangkai daun kari
2 senduk cili kering kisar
2 labu bawang besar dikisar halus
Kicap Manis Kipas Udang secukupnya
3 sk gula pasir
1/ 2 cwn minyak
Sedikit air

Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng serai hingga wangi dan bertukar warna.
2. Masukkan pula daun kari, goreng hingga agak garing
3. Masukkan cili dan bawang kisar, tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kicap sehingga warna sambal menjadi agak gelap. (Bukan hitam ya)
5. Masukkan udang.. masak selama 6 - 7 minit.
6. Dalam pada tu boleh letakkan gula.
7. Jika terlalu kering tambahkan sedikit sahaja air.
8. Jangan masak lama nanti udang menjadi keras.

Selamat Mencuba.
Wassalam.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. assalamualaikum tuan tanah, singgah pagi..

    nampak bestttt sangattt..")

    ReplyDelete
  2. Udang goreng gitu aje pun sedap apa lagi diolah macam ini memang menggodalah:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!