BFF

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum...

ISTILAH sekarang BFF.. haaa.. tulah yang boleh digambarkan tentang hubungan persahabatan antara Sk dan kawan yang Sk kenal sejak di Tingkatan 4 ni. Rasanya tak pernah lagi Sk ceritakan, betul tak? Aaaaaaa... nak cerita yang best ke tak best??? Dia baca nih... hahahahaha.

Sk mula kenal dengan Suhaily ketika ditempatkan dalam kelas 4 Perdagangan 2 (4P2) di Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yassin, Tampoi (SDARY) dalam tahun 1991. Sebenarnya Sk mula memasuki SDARY ketika di Tingkatan Dua. Walaupun ketika itu, jika Sk masih di sekolah lama sepatutnya Sk ditempatkan di kelas 2 Perdagangan 1, tapi disebabkan kekurangan tempat dan budak baru biasanya ko jangan haraplah nak masuk kelas depan kan, jadi Sk dapat kelas 2P3 manakala Suhaily di kelas 2P1. Masa tukan, tatawlah.. sebab dia sombong atau Sk yang sombong, kitorang memang tak pernah bertegur sapa. Tapi rasanya budak kelas pandailah yang sombong, tak gitu. Sebelah mata jer dia tengok Sk tau.. muahahaha.

Maka selama dua tahun tulah kami tak pernah bercakap. Masa tu semua pelajar berada dalam kelompoknya sendiri mengikut kelas masing-masing. Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), kami mula mencari arah masing-masing. Di tingkatan 4, Sk ditempatkan di kelas 4 Perdagangan 2, begitu juga dengan Suhaily.. dan di sinilah segalanya bermula, jeng jeng jeng.

Setiap hari, kami akan pulang berjalan kaki melalui kilang biskut Lee (kini Giant Tampoi. Di dalam kelas, Suhaily duduk di belakang Sk, Sk duduk depan sekali di sebelah Fizah. Lama-kelamaan hubungan kami menjadi rapat. Suhaily pula sering mengajak Sk mengikutnya balik ke kampung ibu dan bapanya sama ada di Sri Gading, Batu Pahat atau Felda Bukit Besar, Kulai. Boleh dikatakan seluruh makcik pakcik kami memang kenal sangatlah kami dua yang macam belangkas ni.

Kadang-kadang kami keluar ke bandar. Zaman tak ada telefon, berjanji jam sekian-sekian.. tunggunya di depan Sekolah Kampung Pasir. Jarang sangat ada yang terlewat. Kalau janji pukul 2, pukul 2 mesti dah ada. Janji pukul 4, pukul 4 mesti dah ada.. sangat-sangat menepati masa.
Kadang, kami saling berkunjung.. lepas tu balik kami saling menghantar.. sampailah jambatan yang menghubungkan antara Kampung Seri Jaya dengan Kampung Pasir.. lepas tu balik rumah sorang-sorang.. hahaha.

Lepas SPM, kami bekerja sementara di kilang yang sama sehinggalah keputusan peperiksaan dikeluarkan. Demi masa depan, masing-masing mencari haluan sendiri. Sehinggalah Sk menyambung pelajaran dan menjawat jawatan sebagai instruktor di sebuah kolej swasta dan kebetulan ada jawatan kosong sebagai kerani di situ. Berkat pengaruh Sk (kah kah kah), kami kembali sebumbung. Kemudian terpisah lagi sehinggalah sekarang.. dah lebih 15 tahun jugak rasanya kami tidak lagi bekerja dalam syarikat yang sama. Tapi, dah kata susah nak berpisah, Suhaily ni beli rumah berhampiran rumah Sk jugak. Tapi yang pelik, sebulan sekali pun susah nak jumpa.. hahahaha.

Akhirnya, lepas jadi tak jadi.. jadi tak jadi.. akhirnya dapatlah jugak kami keluar makan tengahari bersama. Amboiiiii... ni belum jadi datin ni, dah susah nak jumpa. Esok-esok kalau dah jadi datin batang hidung pun tak nampak, hahahah.


 
Inilah dia Datin Suhaily
dulu peminat Awie
la ni tataw lah masih minat lagi ke tak.. hahahaha
 
 
Terima kasih ya belanja
Kata Suhaily, ni belanja gedebance
sempena hari lahir Sk
yang akan tiba dalam beberapa hari lagi
 
 


 
Tak tahulah tekak Sk ni
sekarang suka sangat minum air bergas
dan beraiskrim
tak bagus untuk kesihatan sebenranya
lagilah umur dah masuk 4 siri
okey.. last katanya
 
 
Mee Mamak
memang feberet Sk sejak dolu-dolu
Boleh dikatakan dari Sk kecik
sampai tua bangka
Kadang hairan sebab ramai sebenarnya kawan-kawan yang kalah
makan mee goreng
tapi Sk selamba jer
walaupun sebenarnya
kalau rasa sakit
ku telan jua
 
 
 
Pilihan Suhaily
Yee Mee Goreng
 
Suhaily ni bab masak-masak memang terror
Sk masih ingat lagi
Setiap kali pulang sekolah
dia akan salin baju dan terus ke dapur
capai pisau dan papan alas
juga sebakul ubi keledek
keledek dikupas dan didadu
kemudian capai bawang pulak
Sk cuma memerhati
Suhaily memasak inti keledek
 
Sambil menunggu keledek empuk di atas api
Dia mula menguli doh
dan mencanai kulit epok-epok
 
Adegan seterusnya tak payahlah cerita
memang berpinar biji mata
melihat kelajuan Suhaily mengelim epok-epok
 
Berdikari sejak kecil
anak sulung lima beradik ini
 
 
Oh ya.. Iman pun ada bersama hari tu
macam biasa pilihannya
Nasi Putih dengan Ayam Masam Manis
langsung tak boleh kalau tak jumpa nasi
 
lokasi penggambaran : Hua Mui Kopitiam, Mount Austin.

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Itulah dikatakan indahnya erti sebuah bersahabatan SK:)

    ReplyDelete
  2. Salam sari..bestnyaaa persahabatan dibangku sekolah kekal hingga kini..tu la sahabat sejati!
    Semoga persahabatan korang trs kekal yer...Aamiin

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum SK...betul la nama jer BFF tapi kekadang nak jumpa pun susah...masing2 ada hal tersendiri...sesekali tu kalau ada masa lapang barulah dpt berjumpa semula...

    ReplyDelete
  4. wah Seri BFF dengan datin lagi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!