Assalamualaikum...
DISEBABKAN ada orang tu sibuk nak kek.. nak kek..
sambil hentak-hentak kaki (okey.. ini tipu)
dan Sk pulak dilanda demam kemalasan untuk membuat kek,
maka Sk gagahkan jugak diri untuk mencari kek
selepas menjemput Iman dari Skating Rink Adda Height
pada 30 haribulan tu.
Masa ni Pak Inche bertugas sempena Perlawanan Bola Sepak
antara JDT dan Kedah di Stadium Larkin.
Jadi, konon-kononnya bolehlah buat kejutan masa dia pulang nanti.
Tapi.. sebab mata dah mengantuk,
kek pun duduk jerlah diam-diam dalam peti sejuk.
Aiii.. tak tahulah kenapa sekarang ni malas sangat nak buat kek,
malah nak ambil mentega dan tepung pun malas tau, tulun.. tulun!
Tapi.. jadi jugaklah kejutannya walaupun sehari lewat.
Pak Inche memang tak buka peti ais malam tu.
Sk belikan kek ais krim sebab ER dan Iman suka makan ais krim.
Iman kata sedap kek ni.. ais krim kan, mestilah sedap.
Iman pilih perisa coklat yang menjadi kegemarannya.
Coklat.. siapa yang tak suka, ya tak? hihi
Agak-agak hari jadi Sk nanti dapat kek baskin robbin tak????
hihihi
Tak apalah tak ada kek.. janji dapat emas.. eyh!!
Nak makan selalu baskin robbin pun boleh SK tak payah tunggu birthday.
ReplyDeleteDekat JPO belakang rumah kakak ada outletnya:)