CERITA HUJUNG MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
Assalamualaikum...

MINGGU ini ramai yang meraikan ibu masing-masing
 sempena sambutan hari ibu.
Hari Ibu disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
Walaubagaimanapun kemeriahannya akan bermula pada hari Sabtu,
memang meriah dengan ucapan dari kawan-kawan dan anak-anak, kan.
Haaaaa... jangan pulak ada yang cakap bagi dia hari-hari hari ibu.
Tipulah kalau anda sambut hari ibu setiap hari, urmmm.
Tetang fatwa sambutan hari ibu adalah haram,
yang itu Sk tak mahu sentuh kerana bagi Sk
selagi kita tidak melanggar akidah,
tak ada salahnya meraikan hari ibu.

Cerita hujung minggu Sk bermula dengan hari Sabtu yang agak panjang.
Pagi-pagi lagi kami dah keluar hantar Iman ke kelas tuisyen.
Lepas tu pergi ke dua buah bank untuk beberapa urusan
kemudian barulah sempat mencari sarapan yang agak berat.
Sebenarnya kami ada undangan majlis perkahwinan anak saudara abang ipar Sk.
Memandangkan ER ada beberapa tugasan yang perlu disiapkan,
kami cuma dapat keluar dalam pukul 3 petang.
Dalam perjalanan hujan turun mencurah-curah,
apalagi.. sesaklah jalanraya.
Mujur sampai ke rumah pengantin hujan mulai reda,
apalagi.. jom santap!


Hidangan wajib dalam majlis perkahwinan di Johor semestinya Nasi Beriyani.
Banyak juga lauk disediakan seperti ayam masak merah,
daging beriyani, dalca, acar rampai dan acar buah.
Tapi, Sk agak kuciwa juga.. lauk kambing kegemaran kami dah habis..
tu laaa... siapa suruh datang lambat, kan kan kan.. padan muka.


Pelbagai jenis dessert turut disediakan.
 Ini pinggan adik Sk yang datang awal.
Masa Sk sampai, Spaghetti Bolognese pun dah wassalam.. nangis!


 
Yang seronok bila datang lambat ni,
banyak meja dah kosong dan tak perlu nak makan berebut-rebut
sebab nak beri laluan pada orang lain duduk.. hihi.


Keluarga rapat pengantin.. abang ipar Sk (dua dari kiri)
merupakan adik kepada ibu pengantin.
Alaaa.. lupa nak gambar ngan ibu Sk yang cantik rupawan.


Masa menjemput Iman, Sk dikejutkan dengan ucapan
 'Happy Mother's Day' oleh Iman
sambil dia menghulurkan tiga kotak kecil kek yang dibeli dari SR.
Seorang satu katanya.
Untuk bonda Iman belanja Blueberry Cheese Cake kesukaan bonda.


Untuk babah yang sukakan coklat katanya, Chocolate Fudge.


Terima kasih atas ingatanmu anakku Nur Iman Fatiha.
Semoga sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..
Aamiiinnnn.
Tags

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!