Assalamualaikum...
SEJAK dulu memang dah tahu yang kakak Sk ada kawan sekerja yang berlakon secara separuh masa. Haaa.. walaupun separuh masa tapi banyak juga lakonan beliau. Mungkin kerana kekangan tugas tidak membolehkan beliau memegang watak-watak utama yang memerlukan komitmet yang tinggi. Balik dari Penang hari tu, Sk sempat singgah di gerai beliau yang terletak di Kampung Bukit Pulau, Ayer Keroh, Melaka. Di sebabkan Sk dah berjanji dengan ER hendak makan ikan bakar di Anjung Batu, jadi demi memenuhi keinginan anak tekak yang sangat suka makan lempeng.. Sk balun jugaklah sekeping.. hahaha.
Tak kisahlah tak kenal pun dgn pelakonnya yg pasti lempeng dan sambal dia mesti mantop:)
ReplyDelete