SUMBAT 1

Seri Kandi Tanah Jauhar
2
Assalamualaikum...
TIGA hari tiga malam SK meninggalkan Tanah Jauhar
kerana menemankan Pak Inche menyaksikan perlawanan akhir Piala FA
antara pasukan bolasepak kesayangannya menentang PKNS FC.
 Awwww.. pasukan kesayangannya bukan Kedah ke Sk???
 Ahaks.. itu dulu... hihihi.
Dan selama tiga malam Sk berkampung di Petaling Jaya,
sebumbung dengan pasukan kesayangan warga Johor
malah kalau Sk baca komen-komen di fb page Johor Southern Tigers,
 penyokong JDT turut berada di Sabah dan Sarawak
malah ramai juga dari negeri lain yang mengakui menyokong JDT.
Walaupun ada yang tidak suka,
bagi Sk ianya adalah hak individu
dan tiada paksaan dalam hal ini.
Setiap orang tentu berhak memilih pasukannya masing-masing. 
Tapi janganlah sampai bermusuhan
dan bersainglah secara sihat dan matang.
Janganlah orang lain yang menyepak bola,
kita pula yang melebih-lebih.. gituuuu.
Sedangkan mereka dah bersalam sebaik tamat perlawanan,
kita pulak duk pumpang pumpang meluahkan perasaan
dan memaki hamun di laman sosial. 
Okeylah, kita cerita nantilah ya pasal bola.
Semua pun dah maklum Pasukan JDT,
dengan izin Allah SWT telah muncul sebagai Juara Piala FA 2016..
 jadi Sk tak mahu ulas tentang itu.
Yang Sk nak cerita ini,
apa yang disumbat ke perut
sepanjang berkampung tiga hari tiga malam di PJ...
awas
entry ini panjang lebar ya
hehehehe.

Kali ketiga Sk menginap di Hilton Petaling Jaya sebenarnya.
Apa yang Sk nampak di sini ialah buffet sarapannya
jauh lebih baik dari dulu
lebih banyak pilihan
lebih variasi
dan paling penting lebih sedapppp.
Memang terbaik.
Tahniah, Paya Serai Cafe!!

Pilihan Sk di hari pertama
masakan stail cina
Udon Fried Mee
Ca Kueh Mayonis
dan Chee Cheong Fun

Minuman pilihan tentunya
kopi kurang manis
dan jus oren


Rasanya, Paya Serai setiap hari
akan menyediakan masakan tradisi melayu
setiap negeri di Malaysia
istimewa hari itu ialah Nasi Dagang
Gulai Ikan Tongkol
dan Sambal Sotong yang amatlah pedasnya
ni kalau Mat Saleh makan
harus pengsan.. haha

Ada juga nasi lemak
tu Sk tak ambil


Masakan tradisi India
tosei
idli
dan roti canai
nyummeh


ini perut dah kenyang
tapi rasa rugi kalau tak jamah
nanti teringat-ingat kan.. 

secebis sosej
dimsum
tomato ceri
naga fruit
kentang bakar

selain tu banyak lagi
pelbagai jenis roti
buah-buahan
yogurt
salad
bubur
mee sup
dan sebagainya
memang tak termakan
kecuali berkampung di situ
dari pagi sampai malam
sayangnya.. mana boleh.. hahaha.

Meh Sk tunjuk sikit
bilik penginapan kami di Hilton
seronok kali ini sebab dapat naik taraf bilik
dari yang tiada bath tab
ke bilik yang ada bath tab
dan wi fi percuma yang laju giler
sempatlah Sk habiskan menonton online
Drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita
sampai tamat.. huwa huwa huwa.

Tempat golek-golek
tapi kurang empuk
macam baring atas tilam getah pulak
hahaha
Nasib ada comforter yang sangat best
terus dibuai mimpi yang indah-indah belaka

Bilik ada banyak lampu
dan banyak punca voltan bekalan
cantik dan selesa
walaupun tak sebesar mana
tapi kalau nak main kejar-kejar tu
memang boleh la.. hahaha.
Mahu kopi atau teh
mana-mana boleh
yang tak ada cuma
Milo Dinasour
mih mih mih

Almari pakaian yang luas
lengkap dengan seterika dan papan alas
baju licin
tudung pun licin
hehehehe


Ada cermin kanta
Untuk tengok jerawat
tembus semua liang roma

Pandangan dari dalam bilik air
depan bath tab.. hehehe
Boleh berendam sambil tengok bola
hahaha


Sejam lepas sarapan
Sk ajak adik ke Ikea
takde nak beli apa pun
tak ada barang yang penting pun nak dibeli
cuma nak memenuhi hasrat
anaknda yang nak makan
Meatball Ikea yang femes

Sebabkan masih kenyang
kami cuma ambil 20 biji meatball
dan sedikit fries
sebagai syarat
tu pun mula tak jadi nak makan
tapi Iman macam nak merajuk
layan... dialah yang perhabiskan

Pertama kali sebenarnya Sk ke cafe Ikea
Selama ni ingatkan
Meatball Ikea tu besar gedabak
rupanya alahai
cam cekodok pisang jer
disiram pula dengan sos cendawan
dicicah dengan jem blueberry
itulah kelainannya


Nampak macam besar
Sabar ajelah
Tapi manusia berpusu-pusu datang
Mujur kami sampai awal
sebab Pak Inche tak ada
terlibat dengan sidang media
jadi.. panjanglah langkah
kami berjalan.. hahaha.



Iman cari idea deko bilik katanya
macam-macam yang diangankan
malas nak layan
hehehehe

Adikku budak KL
bluekkkk..

Kunun Comel 'lettewww'

Acah-acah cumel
hahahaha

Keluar dari Ikea
Cikwa belanja eskrim
dan karipap
okey.. karipap Ikea memang sedap
tiada tandingan
nyum nyum


Iman memang sukakan eskrim
dari baby sampai la






Malam tu
kami ke Damansara Uptowan Hawker Centre
Tapi gambarnya hilang.. hahaha

Iman makan lamb chob
Sk dan Cikwa makan nasi goreng
dan sotong goreng tepung
Pak Inche makan kuey teow
dan tauhu bakar

Malam tu
kami tidur dalam kekenyangan


bersambung....











Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Penat main bola bila menang puas
    Penat jenjalan bila kenyang pun puas juga:)

    ReplyDelete
  2. bestnya.. ikea pom tmpt y teringin nk pergi...

    besar bilik hotel tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!