MEE KUAH TULANG KG SINGKIR DARAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

TERKADANG memang pening kepala melayan kerenah Pak Inche yang nak makan macam-macam setiap kali kami pulang ke Kedah Darul Aman. Bayangkan, balik kampung tiga hari tapi wish list makan yang tersenarai bukan main panjang berjela.  Mana yang nak makan di kedai,  mana yang nak makan di rumah,  boleh senak perut dibuatnya.  Kalau kita tak makan takut pulak nanti terbayang-bayang..  Macam tak aci pulak main nak tengok saja,  kahhhhh.

Hari ini,  lepas makan tengahari dia dah mengajak makan Mee Kuah Tulang di Kg Singkir Darat,  Merbok.  Eh,  makanan dalam perut pun belum lagi hadam,  memang tak ada selera nak makan mee yang berkuah.  Sambil melayan perasaan,  Sk pun tertidur.  Buka saja biji mata,  ER terus mendesak,  hurmmm..  Jomlah kita!


Sk dan ER sama-sama memilih Mee Kuah Ekor.  Asalnya ER nak Mee Kuah Gearbox (lembu) tapi gearbox dah habis pulak.  Lepas tu kami kunun nak kongsi satu ekor,  tetiba datang dua mangkuk besar macam ni.  Eh,  ni Sk yang tak faham atau budak yang ambil pesanan tu yang salah faham,  tak tahulah..  Hahahaha. 
Terkejuit tengok semangkuk besar ekor dalam mangkuk.  Ni tiga orang makan pun boleh! 


Bahagian ekor tapi dagingnya banyak betul dan lerai pulak dari tulang dengan mudah.  
Rasa nak pengsan menghabiskan sudahnya memang tak habis jugak. Surrender! 
Tetiba datang seekor kucing mengiau bawah meja..  Pehhh... Syukur giler tengok dia tolong makankan daging ekor kita,  hahahaha. 


Iman pilih nak makan gearbox kambing. 
Cikwa yang tak ada idea pun ambil yang sama. 
Jenuh jugaklah memasing menghabiskan daging yang banyak kat tulang kambing tu. 


Haaa..  Macam mana rasa mee kuah? 
Rasa dia ala-ala Mee Racun yang terkenal di Batu Pahat tu. Mungkin kerana ia menggunakan rebusan tulang dan daging sebelum dimasak dengan memasukkan sos tomato. Kalau anda tak suka mee kuning,  boleh juga digantikan dengan kuey teow atau bihun.  

GPS/ Waze : Mee Kuah Tulang
Kg Singkir Darat,  Merbok,  Kedah

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Assalamualaikum seri...wah ! sedapnya tengok mcm kat depan mata jer...hahaha..

    ReplyDelete
  2. ya allah. ya allah. dugaan apakah ini ya tuhannnn..hahahahha..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!