Assalamualaikum...
STRESS mengemas luggage semasa hendak bercuti, Sk membuat keputusan membawa diri ke Paradigm Mall, JB. Nak berjalan memang seronok tapi nak mengemas tu ya ampunnn. Walaupun dah set baju yang dipakai untuk hari pertama sehingga ke empat tapi tetap takut kalau baju yang dibawa tak cukup.. Diva sangat.. Kahkahkah.
Sk mengajak Iman minum float di A&W tetapi semasa lalu di Dubuyo ni Iman kata teringin nak rasa. Kami melihat-lihat contoh makanan yang boleh dipesan dan hati tertarik untuk singgah sebab ada Topoki kegemaran Sk.
Iman memilih Set Bulgogi. Setiap set dihidangkan bersama tiga jenis side dish sahaja tanpa minuman.
Masa memesan hidangan, Sk bertanyakan staf Dubuyo tentang side dish mereka hari tu. Dia menyebut dua side dish dan memikir panjang nama side dish ketiga. Dari gayanya yang polos, Sk syak dia tentunya baru bekerja. Sk terus cuit tangannya lalu berkata, takpe dik.. Takyah sebut. Akak bukan tau ponnn... Muahahha. Dia pun ikut sama tergelak.
Topoki tak ada, hampa betul tau bila apa yang kita nak makan tak ada. Sk pilih Beef Mee ni, tak ingat nama set ni. Ia menggunakan glass mee dengan hirisan daging dan taugeh kacang besar tu. Kembang tekak makan sebab tak pedas. Nak minta cili padi rasa seganlah pulak. Tapi kita makanlah jugak sampai habis, dah beli, kannn.. Huhhuhuuu.
yang penting makan dulu..bila makan baru boleh berfikir..perut kosong memang tak masuk la...hahahaha...
ReplyDeleteComel betul iman posingg gittewww... Terus rasa berselera nak makan..
ReplyDeletejadinya kak seri, sedap ke tak tu? hehe
ReplyDeletetak pernah try dubuyo lagi..
ReplyDelete