SWEET MEMORIES AT BELITUNG ISLAND, INDONESIA PART 2

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum... 

Sambungan dari PART 1

MATAHARI kian meninggi semasa kami berada di Kampung Ahok.  Ada juga yang mengambil peluang singgah di warung bersebelahan Rumah Ahok untuk mencicip goreng-gorengan dan secangkir kopi.  Ternyata semuanya sudah kelaparan,  kahhhh..  Dah..  Dah..  Jomlah kita pergi makan.


Kali ini kami dibawa ke Rumah Makan Fega yang terletak di Manggar,  tidak jauh dari Kampung Ahok. Sebaik sahaja sampai ke sini,  terkesima sebentar melihat kedudukan Fega Restaurant yang terletak di pinggir sebuah danau yang membiru. Terkesima dan kelaparan punya pasal sampai lupa nak ambil gambar di hadapan restoran,  huwa huwa huwa. 

Nah..  Tengok tempat Sk nak terbang ni.  Ia direka seolah restoran berada di sebuah kapal yang sedang berlabuh. Restoran yang terkenal di Belitung ini sering menjadi pilihan pelbagai rombongan dan keluarga kerana kapasitinya yang boleh menampung ramai pelanggan pada satu-satu masa. 
Restoran ini juga menyediakan kemudahan tandas dan surau yang selesa untuk pengunjung.

Yeyyyy!  Makan tengahari dah sampai. 
Ada gulai nenas kuning dengan kepala ikan dan isi yang tebel,  ikan bakar istimewa,  sate ayam,  sotong goreng tepung dan sayur kangkung.  Yang paling best sekali,  sambal belacan dia sedap giler okeh,  sampai dua mangkuk kami balun,  hahaha. 
Jemput makannnn... 


Eh,  sebelum makan kena bergambar dulu. 
Haaa..  Inilah dia peserta rombongan Cik Kiah ke Pulau Belitung.  Tengok semua muka tersenyum dalam kelaparan..  Hahaha. 


Belum hadam makanan di perut,  kami dibawa pula ke Warkop Milenium yang tak sampai pun lima minit perjalanan dari Rumah Makan Fega. 
Manggar sememangnya terkenal sebagai Kota Warisan 1001 Warung Kopi kerana sepanjang jalan di sini anda akan berjumpa warung-warung kopi yang disebut sebagai Warkop. Jadi,  bila sampai ke Belitung,  jangan lupa mengopi di Warkop ya.  


Oty kata boleh minum berapa cawan kopi pun maka terus tamak minta dua cawan kopi. 
Semestinya kopi hitam (black coffee)  dan mix coffee yang keduanya wajib dicuba.  Kalau pilih salah satu nanti malam mimpi-mimpi siapa yang nak tolong cari,  ya tak? 

Kita minum duluuuu! 
Gorpisnya bayar sendiri tapi.. 


Siapa yang paling kuat minum kopi sila angkat tangan,  yeayyy!! 


Destinasi seterusnya ialah Kuil Vihara Devi Kwan Im yang terkenal dengan keindahannya kerana terletak di atas bukit.  Kalau rajin bolehlah mendaki tangga sampai ke atas,  boleh bakar kalori selepas minum bercawan kopi dan makan berkeping pisang,  hahaha. 

Dari sini kami terus ke Pantai Burung Mandi tapi disebabkan mengejar sunset di Pantai Tanjung Pendam,  kami mengambil keputusan untuk terus ke Tanjung Pendam. 
Tatalah..  Pantai Burung Mandi,  lagipun esok seharian boleh jumpa pantai..  Itu nanti ya ceritanya,  hehe.


Melihat matahari melabuhkan tirai di kaki langit pastinya mendatangkan satu perasaan yang tidak terluahkan oleh sang pencinta alam. 


Rona senja yang pasti akan dirindukan. 
Entah bila dapat ke sini lagi,  kan. 
Terima kasih MTN Gateaways Pte Ltd kerana menghadiahkan satu memori yang indah untuk dikenang. 

Pertanyaan atau tempahan boleh whatsapp atau call :
Faizun +65 8531 3381 atau
Email admin@mtngetaways.com
Follow IG @mtngetaways atau
Website:
https://www.mtngetaways.com

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. terus baca dengan dialek indon weh..hahaha...tengok kopi tu macam sedap sangat je kak,aduiii...ngences den

    ReplyDelete
  2. Gambar iman and kak seri paling sweett.. I likeee 😍

    ReplyDelete
  3. hhahahahhaaa..... bab makan dekat restoran fega tuhhh...pehhh..lauk dia memang ku ratah dengan sepuasnya..lauk gulai nenas...ya ampun cicah sambal dia...

    ReplyDelete
  4. kannn fega tu paling takleh blah, kak seri ok lagi ada jugak gambar tepi danau..saya takde langsung gambar restoran..gambar kura2 gergasi tepi surau, bunga orkid purple, labah2 unik ada la..ahhaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!