Assalamualaikum...
BAHAGIAN 1
PULAU BELITUNG mungkin kedengarannya agak asing di kalangan kita namun tahukah anda, nama Pulau Belitung ini kian meniti dari bibir ke bibir terutama di kalangan mereka yang mencari-cari destinasi percutian ibarat Maldives tetapi berbaloi-baloi untuk dikunjungi.
Indonesia yang mendapat jolokan Negeri Seribu Pulau tanpa diduga menyimpan permata yang begitu berharga iaitu Pulau Belitung itu sendiri. Sk yang diberi peluang menjelajah Pulau Belitung baru-baru ini tidak menyangka daerah Belitung ini sudah lama dikenali dan dimajukan sebagai destinasi pelancongan terkemuka dan siapa tahu untuk sepuluh tahun akan datang namanya akan harum seperti Pulau Bali yang menjadi tumpuan pelancong di serata dunia.
Trip ke Pulau Belitung bersama Media/Blogger/Influencer dari Johor, Kuala Lumpur dan Singapura selama 4 hari 3 malam ini dibawakan oleh Belitung Specialist iaitu MTN Gateaways Pte Ltd yang berpangkalan di Kota Singa. Penerbangan adalah secara terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi ke Lapangan Terbang Tanjung Pandan, Belitung atau dikenali sebagai Bandara Internasional Has. Hannadjoeddin.
Pulau Belitung adalah terletak di dalam Bangka Belitung (dalam bulatan merah). Ia dikatakan antara pecahan Pulau Bali dan kedudukannya yang terletak di antara Pulau Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi menjadikan Pulau Belitung ini agak terlindung membuatkan air lautnya tenang dan jernih sekali. Pulau Belitung ni boleh dikatakan seperti sebuah daerah yang di kelilingi pulau-pulau lain seperti Pulau Lengkuas dan Pulau Leebong yang lebih syok untuk kita melakukan aktiviti pantai.
Sebenarnya apabila kami dibawa mengelilingi kota, Sk tidak merasa seperti berada di daerah-daerah Indonesia lain yang pernah Sk lawati. Tiada peminta ketika kita berhenti di lampu trafik, tiada gelandangan, tiada pengamen dan tiada penjaja merata-rata. Rupa-rupanya semua itu menjadi larangan di Belitung yang mana pemerintah mereka amat tegas dalam hal ini. Siapa-siapa yang melakukan aktiviti ini akan terus ditangkap, wahhh.. Kagum Sk tau. Di sini juga langsung tiada macet ya, lalu lintas begitu lancar, nak pergi ke mana-mana laju jer bergerak.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, boleh whatsapp/hubungi :
Faizun +65 8531 3381 atau
Email admin@mtngetaways.com
Follow IG @mtngetaways atau
Website:
https://www.mtngetaways.com
Tak sabar nak tunggu bahagian dua 💖
ReplyDeleteNice photo with iman
ReplyDeleteKim
cheese kacangggg buncciissss...hahahha..
ReplyDeleteTop 5 Air purifier in Malaysia are the best in market.
ReplyDeleteHoneywell malaysia