NOOR MEE SOTONG

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

Assalamualaikum...

ORANG kata,  kalau ke Pulau Pinang,  mee sotong ini adalah antara yang wajib kita cuba selain dari nasi kandar.  Pertama kali Sk makan mee sotong adalah di Padang Kota kira-kira tiga empat tahun lepas. Katanya,  mee sotong Padang Kota adalah antara yang terbaik. Masa tu,  Sk bawa ibu tapi tahu tak apa perasaan Sk masa tu?  Kecewa giler.  Macam ni ke rasa mee sotong yang menjadi pujaan pengunjung yang datang ke Pulau Pinang? Kenapa kata sedap sangat sedangkan mee yang Sk makan tu hambar betul,  dahlah secoet,  mahal dan sungguh tidak berbaloi.

Dua tahun lepas,  semasa balik kampung sempena raya,  selepas boring tataw nak beraya ke mana,  kami ke Butterworth.  Di sini kami ternampak Kedai Makan Noor Mee Sotong.  Encik Rizar yang kebocoran tekak mengajak singgah mencuba mee sotong di sini.  Sk yang serik hanya menjamah dan rasa menyesal pulak tak pesan sepinggan mee sotong untuk diri sendiri.


Sudahnya semalam kami meripit lagi makan di sini.  Memang beberapa kali balik kampung teringin nak pergi tapi tak sempat-sempat.  Semalam puassss betul dapat makan seorang sepinggan,  muahahha.  Ini barulah mee sotong yang sebenar! 


Rojak Pasembur RM9 sepinggan penuh. 
Kuahnya tidak manis melantun seperti sesetengah kuah pasembur di tempat lain yang pernah Sk cuba. 

Tak perlu lagi ke Padang Kota untuk semangkuk cendol bersama mee sotong dan pasembur.  Di sini lengkap semuanya makanan hebat di Pulau Mutiara. 


Paling suka ABC yang tak merapik meraban dengan macam-macam kaler,  hahaha. 
Lokasi : Noor Mee Sotong,  Butterworth. 
Google jer..  Mesti jumpa! 

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!