Assalamualaikum...
KISAH cuti semalam, seharian Sk sekeluarga keluar berjalan-jalan dan kali ini meneroka keindahan dalam negeri sahaja. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Walaupun sampai tika dan saat ini sebenarnya masih tak boleh move on dengan Belitung Island, eh 😂😂
Disebabkan semua adik beradik dan anak saudara pulang bercuti, kecuali Along, jadi Angah mengajak kami semua makan di rumah kelong Bujang Firefly. Tapi tak naiklah rumah kelong tu sebab katanya pening makan berkocak-kocak. Asalnya nak buat BBQ tapi malas, order makan jer senang katanya
Jadi, pagi tu Encik Rizar ajak sarapan dulu di Warung Saga.
Tapi, tak ada rezeki sebab sarapan dah habis maka pergilah makan tose kat Tulsi.
Nasiblah sedap, siap bantai minum nescaffe.
😁😁😁
Lepas siap sarapan.. Kami menuju ke Kota Tinggi.
Tapi alkisahnya mereka-mereka belum pun bersiap lagi, jadi kami pun teruslah ke Desaru Coast.
Singgah di Hard Rock Desaru Coast yang baru dibuka. Memang cantik tapi tak boleh celen dengan HR Penang sebab di sana ada pantai tapi kat HRDC ni ada pantai jugak, cuma pantai buatan.
Tengah jalan-jalan, adik call yang mereka dah sampai Bujang Firefly lalu kami pun teruslah gerak ke sana. Sampai sana hujan lebat dan bersama hujan ada rezeki. Makanan dah siap terhidang tinggal makan.. Nyum nyum..
Jemputttt…
Keluarga kecil Sk.
Adik beradik tak ramai, anak-anak pun tak ramai tapi kalau dah berjumpa riuh jugak sebab masing-masing suara macam tertelan mikrofon, kahhhh.
Ke Pantai Batu Layar.
Jauh berubah dah, dulu ini antara tempat Sk berjimba-jimba di zaman remaja
Kui kui
Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera serta berbahagia dunia dan akhirat, Amiinnn Ya Robbal Alamiiinnnn.
kak, kite pun belum sampai lagi dekat restoran ni.muehehehe
ReplyDeleteKita semalam dr pagi dah berpiknik kat sana, masa hujan lebat turun tu kita dah bersiap nak balik dah.. hehehehe
ReplyDeletewahhhh.. seronok jln2 ramai2 camni :)
ReplyDeletesyok betul mak inche meronda..
ReplyDeletehahahahhahahah suara macam tertelan mikrofon . hahhahahahaa....
ReplyDeleteketam tu menawan sungguh
ReplyDelete...suara macam tertelan microphone....good description....
ReplyDeletekalau waktu malam kat bujang firefly tu memang cantik..teringin nak naik boat tengok firefly..tapi takut...hahaha
ReplyDeleterasa nak ke sini nanti bila ada masa
ReplyDelete