Assalamualaikum...
ANTARA kedai nasi kandar yang menjadi pilihan kami setiap kali ke Penang, Nasi Kandar Kg Melayu yang terletak di Medan Selera Desa Mawar, Air Itam.
Sangat kesian dengar cerita kawan yang beratur satu jam setengah untuk menikmati sepinggan nasi kandar di kedai nasi kandar yang terkenal di kalangan pelancong ke Pulau Pinang.
Kalau ke sini kita boleh lihat kebanyakan pengunjungnya adalah penduduk tempatan atau orang Penang yang pulang bercuti. Tak ramai orang luar macam kami yang datang ke sini.
Lauk pilihan, Ayam Goreng yang baru sahaja diangkat dari kuali, sayur kubis dan sotong.
Nyummehhhh!
Meripit lagi malam ni sebelum pulang semula ke Kuala Ketil, esok. Sambil suap nasi sambil gigit cili hijau.. Manyak syiokkkk!
aduiii...hilang sekejap rasa nak berdiet kalau pergi ke sini ni...sedapnya lahai nampak sotong tu
ReplyDeletePehhhhh pehh pehhhhhh.... Lepas pekena ni,, cer ciumm bau tangan... Ituler powernyaaa nasi kandaq!
ReplyDelete