Assalamualaikum...
MALAM semalam Sk menemankan Encik Rizar ke Kuala Lumpur untuk mengambil jersi bola yang ditaja sempena perlawanan bola persahabatan antara Kelab Media Johor menentang team bola Superlawak yang akan diadakan di Bandar Penawar, esok.
Disebabkan belum makan malam dan satu hari belum makan katanya, ER mengajak Sk singgah makan malam di RNR Machap. Perut Sk pun macam minta diisi jugaklah, jadi Sk pun menumpang sekaki makan nasi berlaukkan kari kambing. Kahhhh... Tapi maaflah tak ambil gambar, huhu.
Tapi ER kata, sampai KL nanti kita kena jugak makan di Nasi Lemak Atan yang terletak di Chow Kit. Eh, biar betul Pak Inche ni. Tentu-tentu tengah malam baru sampai KL. Sk cuma terbayang bantal dan tilam empuk, bukan nasi lemak KL. Tapi, sebaik sahaja meletakkan beg, ER menggesa Sk untuk keluar. Hurmmm.. Layan jer laaa.
hahaha..memang betul2 la akak makan kul 1 pagi tu..perghhh, rare!
ReplyDeleteBuat alas perut aje ni.
ReplyDelete