NASI LEMAK CAQ

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

Assalamualaikum...


ALHAMDULILLAH.. 
Pagi ni Sk sekeluarga menghirup udara Kuala Ketil Kedah selepas seharian berada di lebuhraya semalam. Seperti biasa,  pagi pertama di kampung,  kami dihidangkan dengan Nasi Lemak,  Sambal Kentang dan Telur Lenggang air tangan kak.  Kak merupakan kakak sulung Encik Rizar yang tinggal bersama mak mertua Sk di Kuala Ketil,  Kedah. Ada sesape orang Kuala Ketil di sini? 

Nasi Lemak Caq adalah antara nasi lemak yang menjadi kegemaran ER dan ahli keluarga kami kerana hampir menyamai nasi lemak yang dimasak oleh mak.  Sejak mak diserang strok lebih 10 tahun lepas,  kak lah yang mengambil alih tugas memasak.  Ialah,  semua adik-adiknya kalau balik kampung mesti merindui masakan kak yang pastinya mengembalikan nostalgia zaman kecil mereka dahulu.  Sk pun tumpang seronok la sebab tak perlu memasak,  kahhhhh..  
Bertuah punya menantu. 
Tags

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sama la breakfast kita arini kak seri.. makan nasi lemak jugak.. haha.. happy holiday kak seri & family.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!