TAYAR PANCIT.. APA NAK BUAT?

Seri Kandi Tanah Jauhar
5
Assalamualaikum...

MENGADA-NGADA..  entah kenapa sebaik sahaja melepasi UTM semalam tetiba sahaja hati Sk terasa macam nak singgah ke Eco. Biasanya kalau hari khamis,  Sk akan ke Senai dan lambat sikit balik ke rumah tapi semalam disebabkan Iman kerja petang jadi Sk telefon ibu bagitahu yang Sk tidak ke Senai semalam.  Tulah jadinya yang hati terlintas untuk singgah ke Eco memandangkan masa masih awal lagi (nak kejar tengok drama Dia Menantu Rahsia 😂😂😂)

Sedang sibuk memilih set lego untuk Iman,  terdengar guruh berdentum.  Mak aih,  ni kalau lambat mahu mandi hujan masa nak ke kereta.  Lalu Sk cepat-cepat pilih dan turun ke bawah menuju ke kaunter bayaran.  Mujur tak beratur panjang macam selalu.  Sampai di kereta,  hujan dah mula renyai.. redah ajelah.  Dan Sk memandu dalam jalanraya yang sekejap kering sekejap basah.  Hujan turun setempat-setempat gitu.

Masuk jer ke kawasan taman,  hujan mencurah selebat tidak.  Pancaran kilat bertali-tali ke bumi rata? Sfera? Aaa. . Cemana nak buka pagar nanti??? Memang betul pun,  hujan makin menggila bila sampai di depan rumah.  Takkan nak tunggu dalam kereta.  Nak ambil payung di atas dashboard belakang pun malas lalu basah lokos semasa membuka pintu pagar.  Teringat tahi burung setepek di bumper hadapan.  Harap dah tanggal dibawa hujan.  Aah,  ada setitik lagi yang degil,  tarik tisu dikotak dan ketika nak mencalit sisa tahi tulah ternampak tayar hadapan sisi pemandu lain macam jer bentuknya. Rasa tak percaya melihat sendiri,  Sk tekan-tekan guna ibu jari.

Alamak!!! Tayar pancit... Apa nak buat???

Mujur sahaja dah sampai rumah.  Sk menunggu Pak Inche balik.  Nak bawa keluar balik ke kedai tayar,  tak sanggup pulak nak redah hujan lebat.  Lagipun,  kalau leper terus di tengah jalan lagi parah apatah lagi jika terjebak dalam bah.  Jadi, Sk tunggu jer Pak Inche balik. Kalau sementara tunggu tu tayar leper,  ganti saja dengan tayar spare... Bijak sangatlah kannnn.

Tak lama kemudian, Pak Inche pulang. Sebaik dikhabarkan tentang keadaan tayar,  Pak Inche terus menjenguk.  Lepas tu cepat-cepat dia buka pagar balik dan ajak Sk cari kedai tayar. "Boleh ke?" Ialah,  risau jugak tayar hilang angin terus sementara nak sampai ke kedai tayar. "Boleh lagi, " jawab Pak Inche.  Sk cepat-cepat sarung tudung dan capai sling bag.  Mujur hujan dah berhenti.

Kami menuju ke kedai yang dekat dengan rumah - tutup😞
Kedai Tayar BBKP - tutup😓
Kedai Tayar TSP - tutup jugak 😤
Dan kami terus menuju ke Taman U dengan harapan masih ada kedai tayar yang buka kerana Taman U adalah kawasan yang sibuk.  Malang sungguh.. Semuanya tutup
😭😭😭😭😭

Sk mengajak Pak Inche mengepam tayar dahulu.  Nampak Stesen Minyak Shell.  Ada dua perempuan muda sedang terkial-kial mengepam tayar. Ah,  kalau Sk pun terkial-kial juga.  Maklumlah tak biasa.. Semua kerja serah kat laki 😅😅😅

Pak Inche tak mahu menunggu.  Kami mencari stesen minyak lain,  ternampak Petronas.  Fuhhh... Mujur dapat juga pam tayar sampai keras.  Kami memeriksa jika ada sebarang paku terpacak namun tak pulak.  Hurmmm..  Cemana boleh lembik pulak tayar.  Solusinya,  esok kita cari kedai tayar, saran Pak Inche. Dah semua kedai tayar yang kami pergi malam ni pakat-pakat tutup,  terpaksalah tunggu esok.

Dalam perjalanan balik,  Sk membuang pandang ke luar mengenang nasib.  Apalah dosa dan salah sampai tertimpa musibah.  Tetiba sahaja ternampak sebuah kedai dengan timbunan tayar dan beberapa manusia duduk di hadapan  kedai.
"Eh.. Eh... Tu ada kedai tayar buka, " Sk terjerit kesukaan.


Sudah biasa dengan masalah tayar, seorang pekerja  terus meninggikan kereta dengan jek. Seluruh tayar dimandikan  dengan buih dan satu objek tajam dikesan dibahagian dalam kiri tayar.  Sah!  Paku. Huhuhu..  Hantu paku betullah siapa yang buang paku merata atas jalan ni. 


Tu dia. . Berbuih-buih kemahen lagi sebab ada udara dilepaskan dari situ.  Kepala pakunya pun kecik sangat dan gelap,  memang tak akan nampak pun kalau tengok macam tu aje. 


Dah beberaoa hari terbenam tanpa disedari.  Nak cabut pun susah.  Dua kali percubaan baru dapat dikeluarkan.


Nasib baik cuma perlu ditampal sahaja. Ujian kecil. . Ya Allah,  janganlah ditimpa dengan ujian yang besar-besar,  sesungguhnya aku takut tidak mampu menghadapinya Ya Allah..  Amiinnnn. 


Kedai tayarnya kecik tapi ada lagi dua lot yang terpisah.  Dibuka sehingga jam 8.30 malam.  Fuhhh..  Nasib baik ada kedai ni,  kalau tak memang tak lena tidur la semalam. 


Boon Fai Tayar Enterprise.  Lokasinya berderet dengan kedai Al-Ikhsan lama di Taman U.  Terima kasih Boon Fai! 

Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saspen kita baca...alhamdulillah da setel..selama bawak kete ni tak pernah lagi diuji macam ni, selalunya kalo laki yg bawak, baru la pancit tu muncul..andaikata nanti jadi camni, bole la ikut cara kak seri tu..tapi minta dijauhkan..huhuhu

    ReplyDelete
  2. kalau kita pun bab ni serah kat laki..kalau terkena pada kita time laki takde, pulak tu dekat luar..aduii...tak tau nak buat apa selain menunggu dia datang jelah

    ReplyDelete
  3. berapa kos buat??

    ooo ya..sudi kah awak tukar link blog dgn saya? bloglist...... klo sudah beritahu ye di ruang comment

    www.ohbosannya.com

    saya tunggu tau.

    ReplyDelete
  4. Orang pakai kereta pasti pernah mengalami keadaan macam ni.

    ReplyDelete
  5. Kita kalau pancit memang jadi macam Pak Inche, sebijik!!
    Akan ku bawa sampai jumpa kedai servis kete hahahahaha...

    Ada sekali tu geram sangat, sampai macam nak tukar sendiri tapi fikirkan kemampuan nak jek tu x sanggup hahahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!