KOEY TEOW GORENG PAK INCHE

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...

KALAU Arwah Abah, akan sebut Mee Tiaw, makan malam kami tiga beranak malam tadi, Koey Teow yang digoreng Pak Inche. Lepas sarapan ala barat semalam, Sk baring-baring sekejap sementara tunggu jam dua belas. Kenapa, sebabnya Pak Inche ajak ke Pasaraya NSK di Sunway Bigbox. Pernah dulu kami datang sana jam 11.30 pagi, kena beratur tunggu jam 12 sebab katanya jam 12 baru buka. Lepas tu, kalau nak ke sana, Sk akan pastikan kami tak pergi awal-awal, karang nanti kena pulak tunggu pintu buka, hihi.

Tengah shopping tu la Pak Inche kata, malam tu dia nak makan kuey teow goreng. Eh, siapa nak goreng, babah goreng ya? Laju-laju dia angguk kepala. Dia tunjuk kerang frozen sebab tak jumpa kerang kopek lain. Adalah  kerang yang dalam cengkerang lagi, jadi kami beli yag frozen ajelah. Balik dari NSK, kami ke Taman U tapau nasi arab sebab Sk memang dah tak ada tenaga la nak masak kalau dah ke NSK tu, haha.. Lepas tu ada jugak singgah beli rojak petis dan sotong kangkung, yang tu Sk makan dah petang. Hurmm.. punyalah banyak makanan yang disumbat dalam perut semalam. Inilah yang dalam lagu Jalil Hamid tu agaknya, orang negara lain mati sebab tak cukup makan, orang negara  kita mati sebab banyak makan, huhu.


Koey Teow Goreng Pak Inche

Koey Teow
Kerang
Fish Cake
Cili Kisar
Bawang Kisar
Taugeh
Kucai
Sos Tiram
Sos Ikan
Kicap Cair
Garam

Haaa.. tu dia bahan yang dimasukkan dalam resepi Pak Inche.
Sekejap-sekejap jerit..
mana fish cake... mana bawang.. mana cili... mana sos.. mana itu.. mana ini....
Koey Teow nak masukkan semua ke.. bla bla bla...


😱😱😱

Demam Mak Inche


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Wah hebat juga air tangan Pak Inche.

    Kerang sekarang ni kemain mahal harganya kan? Tapi size makin kecik :(

    ReplyDelete
  2. Kalau goreng kue tiau ni kena letak isi kerang banyak2.
    Baru kaw

    ReplyDelete
  3. Mcm lama pulak x goreng mee tiaw ni.. boleh dipertimbangkan ni utk dinner mlm ni.. hehehe

    ReplyDelete
  4. SA kalau bab kuew teow memang x reti nak masak,selalunya panggil adik balik and masakkan...Kerang is a must..takde kerang macam tak berapa nak sedap...

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap.. Pak Inche sama dengan Suami Lin, suka ke dapo, tapi lepas tu, serabut tengok dapo hahahahaha

    ReplyDelete

  6. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!