Assalamualaikum...
HARI JUMAAT, kedua-dua buah kereta kami masuk workshop. Kereta Sk sudah cukup miligue untuk diservis, begitu juga kereta Pak Inche. Janggal jugak sebenarnya pergi servis kereta seorang, biasanya Pak Inche ada tapi kali ni terpaksalah gerak berasingan sebab bengkel pun lain-lain. Lepas tu, kereta Pak Inche pulak kena ganti absorber belakang, patutlah dia bunyi bunyi bukan main kuat lagi bila jalan tak rata. Yang tu Pak Inche buat di bengkel lain hari sabtu. Malam tu, dia dah cakap dengan Sk, dia akan buat di Taman Daya. Jadi, pagi tu, Pak Inche akan keluar dulu, lepas tu dia suruh Sk datang ambil dia untuk pergi sarapan di mana lagi, Restoran Ashoka kegemaran dia la.. hurmm.. layannn.
Makanan kegemoran Pak Inche, Puri dan Teh O. Sk pulak, Tosei Masala dan Nescafe Panas. Kami makan di Ashoka Adda Heights, kalau ikutkan Sk lebih suka Ashoka di Jalan Dapat sebab dekat sana boleh ceduk kuah berkali-kali kerana ada mangkuk kuah yang diletakkan atas meja. Kalau di sini, kena rajin bangun lah kalau kuah tak cukup, hurmmm.. makan ajelah apa yang ada, huhu. Oh, Iman pun makan tosei, tapi dia tosei kosong, hehehe. Mak dia jerlah hantu kentang, hihi.
Disebabkan masa servis kereta Sk semalamnya, tak buat allignment dan balancing, jadi, Pak Inche suruh buat hari tu jugak. Nampak ada kedai tayar lain berhampiran Ashoka ni, teruslah buat kat sana. Kena Patplohpat hinggit. Teringat dulu-dulu baru doploh hinggit jer, huhu.
Lepas tu, ajak Pak Inche pergi Ikea, ada barang nak cari. Ada-ada jer ko ya Sk, hahaha. Tapi.. barang yang dicari tu tak ada stok pulak, padahal selalu berlambak. Masa berlambak tu belum ada rasa nak beli pulak. Hurmmm.. tapi beli jugaklah barang lain, terlanjur dah sampai, huhu. Lepas bayar konon nak lepak di cafe tapi penuh. Lagipun sebenarnya masih kenyang lagi makan di Ashoka tu, kan. Jadi, jom jalan-jalan di Toppen dulu, letak barang kat kereta dulu tapi, haha. Kat Toppen, nak makan pun kenyang, kan.. (makan jer la kau ingat). Jadi, beli Tealive jer. Pak Inche dah risaukan kereta dia yang kat workshop tu. Hurmmm.. terus hantar dia kat workshop jer la. Lepas tu, cakap ngan Pak Inche, kitorang nak jalan-jalan dan makan-makan lagi, tak nak ikut ke? Dia kata tak nak, sayang nak tinggal kereta. bahekkkk...bye.. bye...
Ke mana kita?
Bersambung....
hhahahaha kereta tu 'bini' no 2 dia ke kak? sayangg betul tu kat kete dia hahaha..
ReplyDeletex kisah dah bini yg ada ni nk g memana :p
mahalnyaa balancing pun, 44rm huhuhuhu
ReplyDeletepoker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteayo di kunjungi agen AJOQQ :D
WA;+855969190856