Assalamualaikum...
SEJAK petang semalam, Sk tahankan hati nak cecah biskut cream crackers ni dalam secawan nescafe o panas. Bukan apa, sekali cecah mahu berkeping-keping masuk ke perut. Padahal tengahari tu, baru jer makan nasi berlaukkan asam pedas ikan mayong, bendi dan taugeh, boleh pulak petang tu tergoda tengok biskut yang kawan letak di pantry, hihi.
Dulu, kami tak panggil ni biskut cream crackers tapi biskut kaka. Biskut kaka ni ada dua jenis, kan.. satu jenis kering dan satu lagi berminyak. Kalau arwah abah memang akan beli yang kering tu, tak silap brand jacobs tapi sejak berkawan dengan budak-budak asrama (Sk bukan budak asrama), Sk lagi suka yang berminyak tu, hahaha.
Dulu, biskut kaka ni memang sekejap jer langsai tapi sekarang, dua tiga bulan pun susah nak kosong tin tu. Sudahnya, Sk letak jer di pejabat dan hantar kat rumah Angah. Iman tak pandai sangat makan biskut ni macam kami dulu. Celup dalam teh O panas petang-petang, kadang lepas makan nasi pecahkan dalam pinggan dan siram kuah gulai, hahah. Paling nostalgia, letak biskut dalam lesung batu, bubuh gula pasir satu sudu besar dan tumbuk sampai lumat. Itulah jajan paling best masa zaman kanak-kanak 😂😂😂
Abaikan Sk makan depan pc sebab malas nak pergi pantry, hihi. Baru habis sarapan nasi goreng dan maggi goreng sebenarnya ni. Lepas tu teringat angan-angan semalam, apa lagi kita realisasikanlah sekarang. Tu pun tahan hati ambil sekeping aje, hahaha. Ni bukan pasal takut gemuk tapi sekejap lagi nak pergi Segamat, karang makan banyak-banyak sendiri yang sakit perut. Dahlah Segamat tu jauhhhh.. huhu.
Ada apa gi Segamat?
Menghadiri walimah Cik Fidah kawan makan-makan office kita tu wak. Aisehhhh.. Lepas ni dah tak ada geng makan ikan patin😩😩
Selamat Pengantin Baru, Rafidah
😍😍😍😍
biskut ni la paling sedap!
ReplyDeleteMak kita dulu siap beli tin beso kakkk hahaha berebut pepatang makan semangkuk sorang adik badik hahahahha
ReplyDeleteJACKPOT yang besar hanya di AJOQQ :D
ReplyDeleteWA : +855969190856
ni febret family saya jugak ni kak..haha...tapi kami panggil "roti poq" tak tau la apa sejarahnya haaa...sampai sekarang suka..kat rumah teratai ni pun semua suka, lagi2 jenama Hup Seng
ReplyDeleteMakan "roti 4 segi" ka SK. Hihihi
ReplyDeleteSaya tidak percaya SK makan sekeoing sahaja.. Hihihi
musim monsoon ni meme ada stok sekkut tawar di umah sbb lapar sokmo. dah la kena PKPB..hujan lagi dingin cuacanya. terus lapar maka cream cracker la yg mudah dimamah. hehehe...
ReplyDeleteMakan biskut celup-celup minuman panas ni tradisi turun-temurun eehh...
ReplyDeleteDulu pun sama agak suka cicah macam ni..sejak dah x leh minum nescafe memang takde dah mencicah..biskut pun dah malas nak beli..
ReplyDelete