NASI DAGANG TAK ATAS TOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum...


DIA memang macam tu tau.. lepas entri Nasi Kerabu, mesti ada entri Nasi Dagang, hehehe.
Macam selalu, nasi dagang pilihan Sk adalah Nasi Dagang Gulai Tongkol versi Kelantan di Restoran Pantai Timur Che Yah, Taman Gembira. Kalau di Johor ni, kita akan jumpa dua versi nasi dagang iaitu ND Kelantan dan ND Terengganu. ND Kelantan ni paling senang jumpa, yang susah nak jumpa versi Ganu. Setakat ini yang Sk pernah pergi di Warung 60-an Kampung Pasir atau yang dimasak oleh adik ipar Sk, Che Li.. Che Li ni orang Ganu, memang terror la masak nasi dage, hehehe.

ND yang paling menepati citarasa Sk di Restoran Che Yah ni la. Di warung Kak Yah ada jugak ND tapi tekak Sk lebih suka makan di RCY sebab gulai tongkolnya lebih sedap, ikan tak hancur atau pecah dan ada banyak cili padi untuk dibuat ulam semasa makan, hihi. Jadi, kalau nak makan nasi kerabu pergi Warung Kak Yah, nak makan nasi dagang pergi kedai Che Yah. Ingat ya, nama jer sama Yah, tapi orang dan kedainya lain-lain, hihi. Mek Pantai Timur memang suka nama Yah ya 😍

Hurmmm.. teringin nak makan Nasi Dagang Atas Tol tu.. bilalah dapat merentas ke Pantai Timur ni yek???


Tags

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Baca sekali lalu...
    Ooo..SK dah dapat rentas negeri gi Ganu...gi dengan travel agency kot...
    Baca sampai habis..
    Eh, ni kat mana...
    Baca semula tajuk..Ooooooo
    Patutlah masa sekolah cikgu suruh semak walau dah habis jawab...hihihi

    ReplyDelete
  2. Laaaa baca tajuk igt dh smp tganu.. Sekali bc isi.. La kat jb rupanya ahah nasib la rajin bc smp abs..

    Psstt bak mai alamt 😝

    ReplyDelete
  3. bestnyaaaaa...suka2..SAa pun suka dan dah pandai makan nasi dagang

    ReplyDelete
  4. Nasi dagang kuah banjir gitu ye SK... setahu saya ada jenis ikan tongkol yang keras, dan ada yang jenis lembik.

    ReplyDelete
  5. menang dengan mudah bermain di IONQQ
    ayo segera daftar dan coba
    WA; +855 1537 3217

    ReplyDelete
  6. saya pun teringin nak rasa nasi dagang atas tol tu..

    ReplyDelete
  7. Nasi dage tu kelate SK :P
    Nasi dagang atas tol tuu ramai sungguh orang nya. Memang laku teruk hahaha.

    ReplyDelete
  8. nak juga ke pantai timur, nak pergi redang

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!